Alhamdulilah, pejam celik sudah separuh Ramadhan kita menjalani ibadah puasa. Cepatnya masa berlalu.
Hari ini saya masuk pejabat pukul 11.45pg sehingga 6.45ptg. Ada aktiviti bacaan tahlil ringkas dan sesi bergambar untuk hari raya 2015.
Bila sebut bacaan tahlil di buat khusus untuk opismate kita Widya yang bakal menjalani pembedahan injap jantung pada 5 Julai 2015 di Institut Jantung Negara. Kita pun baru tahu semalam berita ini dari Ketua Bahagiannya. Masyallah besarnya dugaan dia. Moga dia tabah menghadapi dugaan ini. Mungkin banyak kebaikan di sebalik ujian besar ini. Insyallah.
Tadi pagi kita sempat tulis kata-kata nasihat dan semangat dalam fb Wid. Tidak ada yang menarik selain mohon maaf sebagai rakan sepejabat, manalah tahu ada salah dan silap yang kita tidak sedari.
Untuk Wid,
Kadang-kadang tanpa kita sedar, tuhan sentiasa menguji kita. Nikmat sihat itu satu ujian namun kita tidak merasainya dan sakit itu satu ujian juga.
Sebagai hambaNya kita terlupa bahawa sihat itu juga satu ujian, ketika sihat Allah uji kita sama ada kita ingat atau lupa padaNya.
Bersyukurlah Allah menguji kita dengan sakit itu tandanya Allah masih menyayangi kita. Allah rindu rindukan rintihan dan doa dari hambaNya. Sakit itu juga penghapus dosa-dosa kecil kita agar terlerai segala dosa dan bersihkan dari segala dosa kecil.
Wid kena kuat, pandang anak-anak, suami dan kedua ibubapa. Mereka adalah orang paling gembira bila kembali sihat seperti biasa. Mudah-mudahan bertemu doktor yang betul-betul boleh merawat kesakitan dengan sekelip mata. Mana tahu, semua atas izin Allah.
Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah. Allah akan memimpin hatiNya untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar. Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu - Surah At-Tagaabun ayat 11.
Dari akak, moga Wid tabah dengan ujian ini. Sabar ya Wid, itu tandanya Allah sayangkan diri kita.
No comments:
Post a Comment