Nuffnang

Tuesday, July 21, 2015

Sedap! Berbuka Puasa Bersama Chicken Double Cheeseburger McDonald

Alhamdulilah. Selamat melayari blog ini. Kita night duty minggu ini. 

Pejam celik dah hari ke 5 kita menyambut bulan Syawal. Aku baru semalam menjalani ibadah berpuasa 6. Moga aku tabah menghadapinya sehingga selesai. Hari ini aku tak bawak apa-apa bekalan makanan untuk berbuka puasa, berbanding semalam aku bawa nasi dan sedikit lauk untuk berbuka. Wal hal aku dah masak sedap-sedap di rumah. Mood malas menapau hari nih! Huhuhu





Sebenarnya buka puasa apa saja sedap di tekak aku, asal makananya sehat dan makananya tidak berlebihan itu juga sudah cukup bagi aku. 

Yeaaahh! Untuk petang ini buat aku terpikir-pikir apa yang nak aku makan waktu berbuka nanti memandangakan semua cafe di kampus UTM masih dalam cuti raya...huhuhu. Aku capai kunci kereta terus menuju rumah uncle Mcd....hihihihi 




Memandangkan aku dalam waktu bertugas terus drive thru. Aku terus order set  Chicken double cheeseburger. Tak agak-agak ko, baru puasa 2 hari dah makan makanan berkalori tinggi. Hamik ko bertambah kembang setaman...hahaha

Kejap lagi dah nak masuk waktu berbuka. Jemput makan semua. Bagi yang berhajat untuk puasa 6 cuba-cubalah mencari kebaikan. Kita hidup hanya sementara, entah esok atau lusa di mana tempat kita. Aku sekadar mengingatkan kita sesama manusia. Insyallah.

2 comments: