Nuffnang

Saturday, November 21, 2015

Nikmat Bersedekah

Cakkk! Assalamualaikum. Huh! Rindunya. Hari ini aku sempatkan diri untuk menaip blog yang dah bersawang nih. Terakhir aku menaip kalau tak silap bulan Ogos. Melampau kan ko Ct?

Maaflah bukan nak suka-suka tapi kekangan masa yang buat aku tak sempat nak hadap blog ini. Maaf ehhh!


 
Esok 22 November 2015 cuti umum bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor so negeri lain sila jeles ya...hahaha.

Esok sepatutnya aku dah start menjalani kursus umrah di masjid Wadihana tapi batal sebab public holiday katanya. Terima kasih ya ustaz. Gluppp! Aku boleh tarik nafas lega sikit...kikiki 



Alhamdulilah! Bagi aku semua rezeki dari Allah. Aku di beri peluang lagi untuk menjejakkan kaki lagi ke tanah suci dalam masa yang tinggal beberapa bulan lagi bersama orang-orang yang tersayang.
 



Secara jujur aku nih bukan macam orang kebanyakkan, tak punya apa-apa pun dan kalau yang ada pun takat selipar jepun nak putus...hahaha. 

Tapi aku selalu percaya dengan kebaikan bersedekah tak kira dengan orang mahu pun binatang. Aku  menghulur ikut kemampuan, tak banyak sikit pun jadilah tapi ianya satu kewajipan bagi aku. Hah! Kena buat macam tuh ya.




Aku selalu ingat pesanan ini. Bila kita bersedekah Allah akan gandakan pemberian kita. Itu janji Allah bukan janji manusia. Jadinya aku pegang betul2 sampai hari ini. 

Ya oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit tapi ada keberkatan,  apatah lagi yang banyak.




Bagi aku bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih. Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. 

Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment