Alhamdulilah. Moga sihat semuanya. Dah bersawang blog aku nih hah! Pinjam kata-kata Azwan Ali Ko mampu? Ada tak blog yang bersawang macam aku. Tak ada kaaan, aku ada..hahaha
Tinggalkan cite ntah apa2 tuh. Aku nak share sikit pasal cite malam tadi. Ala cite simple2 pasal tiba2 aku sesak nafas. Terjaga dari tidur aku rasa sesak nafas dan sakit dada yang amat sangat. Tengok jam pukul 4.00pg. Hurm minta bantuan encik suami dia cakap nak pegi masjid, kalau nak jugak tunggu dia balik dari masjid.
Dalam sesak nafas perlahan-lahan prepare untuk makan sahur. Minum seteguk air terus naik atas baring. Punyalah lama aku menunggu suami balik tak bawak2 juga aku pegi klinik. Adoiii makin sesak nafas aku, salin baju start kereta pegi sendiri. Tinggalkan whatsaap pada anak-anak. Kalau ada apa-apa kecemasan ke atas aku sekurang-kurangnya mereka tahu. Sedihkan!
Kadang-kadang bila keadaan dah terdesak kita tak perlu bantuan sesiapa lagi untuk serabutkan otak, bukan masanya untuk merayu hantar dan sebagainya. Apa yang di fikirkan dalam kepalanya pun aku tak paham. Nak push orang pun tak boleh, silap haribulan boleh jadi gaduh. Kena ingat Allah sentiasa bersama. Dia permudahkan urusan kita. Biarkan, sebenarnya sakit pening semua Allah yang tentukan apatah lagi kalau nak mati. Sendiri mahu ingat la...huhuhu
Manusia kerap lupa bahawa dirinya seorang hamba. Aku keluar rumah terus ke klinik Penawar. Selepas daftar di kaunter terus doktor bagi nebulizer. Huh! Lega rasanya! Terus pergi solat subuh di surau yang berhampiran dan ke pejabat. Awal aku sampai pejabat pagi ini, jam 7pg. Sebiji kereta pun tak ada...hahaha
Ya! Hari ini mengajar untuk aku tarbiah diri. Kalau sakit pening yang dalam terdesak jangan lengah-lengahkan tapi kalau dapat sokongan dari suami itu sudah satu bonus, sebaliknya bukan nak mengajar derhaka dengan suami tapi atas tujuan untuk menyelamatkan nyawa. Apa-apa berbalik pada agama kalau suami tahu akan tanggungjawanya di segerakan tapi yang spesis tak kisah anak isteri itulah yang paling payah. Pentingkan diri sendiri!
Bunyinya macam sedihkan tapi itulah realitinya sebuah kehidupan. Jangan risau Allah ada sentiasa bersama kita. Bila teringat hanya mampu berdoa agar Allah jaga diri ini dengan sebaiknya. Kadang-kadang sedih juga moga Allah menggantikan keperitan hati ini dengan saham akhirat. Amin :)
No comments:
Post a Comment