Nuffnang

Sunday, October 31, 2010

SAMAN JPJ BOLEH DI BAYAR DI PEJABAT POS MULAI ESOK

Jerantut - Mulai esok, pemilik saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Klang boleh membayar saman mereka di lima pejabat pos di Selangor dan ibu negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata sebagai percubaan, lima kaunter yang dibuka untuk pembayar saman adalah Pejabat Pos Shah Alam.

Selanjutnya klik Bernama.

BABAB KANG!

Kredit to http://amazingnara.com


Assalamualaikum!


Ini sapa yang bersalah sebeno2nya? Kalau kita jadi cikgu dah lama tinga budak ni jadi buah pulasan...hahaha. Soka hati ko je.

Memang dah kena babab budak ni dengan kita...hi3. Tu pasal tak jadi cikgu, menyesal selalu bila dah babab murid...hehehe

BOTOK-BOTOK

Assalamualaikum!

Botok-botok dibuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba yang dikukus dalam daun pisang. Merupakan makanan asli orang Johor. Kita ulangi okies makanan orang asli...kohkohkoh

Rempah yang biasa diguna ialah Ketumbar, cili kering, kunyit, jintan putih, jintan manis dan lada putih. rempah ini dicampur serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih. Selain itu digunakan juga kelapa parut yang digoreng, santan, asam jawa, gula pasir dan belacan.

Herba yang digunakan termasuklah daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda.

Botok-botok yang telah digaul biasanya dikukus selama dua jam. Semakin lama dikukus semakin sedap rasanya. Cara lain membuat botok-botok adalah dengan merebus bahan bersama-sama santan selama 2 jam atau lebih. Pucuk ubi dan daun mengkudu dijadikan alas rempah botok-botok.

Merupakan makanan kegemaran orang Johor dan Singapura. Kita ulangi okies makanan orang asli...kohkohkoh

NTAH APA-APA

Tea time tapi kita lunch time....hehehe. Ada ke patut lunch pukul 4.00ptg? Nasi putih, ikan keli masak sambal, kobis goreng dan botok-botok. Erkk. Botok-botok yang cukup menyelerakan! Tak boleh amalkan selalu, naik badan ko.

Penat dan panas cuaca hari ni. Kita agak kurang update blog sekarang ni. Entry-entry yang kat bawah tu sebenarnya schedule entry. Jap ya kita update bagi uol baca. Boleh tunggu?

Lately kita pun penat giler. Ntah apa-apa je!!

TAK CEDAP


Makan bila perlu, kita baca artikel dalam satu blog. Apa nama blog tu pun dah lupalah. Sori yekkk! Malam ni kita terasa kenyang lagi tapi nampak tu, tuuuuuuuuu hah! Cair iman.

Perisa pandan tapi kurenglah sikit dari perisa telur. Tak cedap! ehehehe. Dah kenyang cakap tak cedap. Banyak santik!

SIPUT FAFI

Len macam yo ghupooo! Ishhh...

Sampai sekarang ko kita tingat-tingat pasal makan pagi jumaat. Opsss! Khamis, terlupa akak...hehehe. Dah 2-3 kali kita terpandang minatang ni...hehehe. Macam siput cedut tapi beso-beso belako. Tinggal isi yo. Cengkerang dah cabut.

Kita pun bubuh pinggan 3 ketul. Bila rasa keras, mula tingat siput fafi. Ermm...kembang tekak den...hehehe. Terus letak tak makan. Len macam yo!

Tobatttttt akak!

SONATA MUSIM SALJU



Assalamualaikum!

Subhanallah cantiknya ciptaanmu ya Allah. Agak-agak kat mana ni? Obersea? No, no, noooooo. Ini masa kita tengah drive kat highway area Pagoh-Melaka. Cantikkan macam ada snow. Perggggh!

Syyyy! tengah ada winter kat Melaka...hehehe. Sonata musim salju kalau nak tau...!

Saturday, October 30, 2010

LABBITTTTTTTTTT

Si Hitam tu pengecooootttt!

Sombong nak m.........pussssssss!! Opppss tlebih sudah!


Assalamualaikum!

Ngaapp! Ngaapp! jap ehhh..kita tengah makan tempeyek lemau nih...hahaha. Bagi kita masa nak mengunyah, pastu baru aku sambung create entry nih. Boleh?

Ok dah! Jari kita lekit siket, klik je la...hahaha. Tadikan masa kat rumah abah kita tengok arnab. Biasalah rumah abah kitakan macam zoo tapi kira ni tahap bawah mini zoo sket...hehehe. Nasib tak bela rimau ko. Abah-abah!

Penat kita hentak-hentak kaki dan tepuk-tepuk tangan tapi rabbit macam takde perasaan. Confirm dia ketawakan kita ramai-ramai. Syyyyy! Nak tau kita takut nak pegang...huhuhu.

Bagak giler rabbit tu. Ishhh! ishhh!

LETIH DAY

Assalamualaikum!

Bangun pagi tadi terus siapkan breakfast. Siap-siap terus drive keta ke rumah abah. Corner jap ke bazar UTM berjaya memborong selendang buat kali ke brape tah! Kali nih, aku tetap berdegil nak dapatkan selendang nih. Mana taknya cair iman kita yg kukuh nih. MasyaAllah..santik-santik belako! Kotak-kotak! Tak leh tunjuk dulu nanti ilang dara ko...hahaha

Sampai rumah abah tengahari, kena masak! Kelentang! kelentung! eh, siap dah ikan masak kari dan kacang panjang goreng kunyit bersama udang. Cukup dah, malas nak masak. Penyakit 'M' datang...hehehe

Sepanjang hari baring-baring, letih dan sakit tulang-tulang! Kita tak bawa lappy tu pasal blog kita sunyi sepi hari ni...hehehe

APO KONO EH JANG?

Wah! Hoben jang hoben...Apo kono eh jang main baling-baling botol kat stadium baru-baru ni....hehehe. Sampai mengalir darah pastu ada yang meninggal. Macam mana tu?

Pelik! Sukan tujuannya nak sihatkan diri tapi ini lain pulak jadinya. Tengok pun jadi geram. I tak suka, tak suka! Nape? Makkkk tak sukalah sampai terlebih fanatik...hehehe

Apa pun kita sokong Hoben jang hoben. Kemenagan 2 gol pada hoben jang hoben. Kalau kalah jangan main baling-baling ya, cubit manja bolehkan...??

Janghe maroh pulok doh!! hehehe

WANITA CANTIK SELALU SETIA TAWWW


Jom klik kalau nak dapat info wanita cantik. Santik ke? huhuhu. Klik Irine ya, anak dara berlesung pipit tapi bergigi arnab.

Masalahnya bukan kita memandai ya, tapi Irine yang buat pengakuan...hehehe

6 MAUT BAS JATUH GAUNG

Kuala Lumpur - Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi.

Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera.

Sumber : Bharian.

Friday, October 29, 2010

NANTUK GILER

Ntah yang ke bape kali kita macam nak terlentok kat lappy ni.

Nantuk giler

Huh! Nak tido...zzzz

Good Nite!!

WEDDING ANNIVERSARY

Kredit to http://dandelionsinmygarden.blogspot.com/

Hari ni sebenarnya wedding anniversry kita yang ke 21 tahun. Wah! Dah 21 tahun ko. Kita memang tak sambut yang luar biasa...hehehe. Tak ada candle lite dinner bagai...hehehe. Tak kuasa makkk! hahaha. Adalah just keluar makan macam malam tadi. Cukuplah, itu pun dah alhamdulilah.

Pada kita yang penting kebahagiaan rumahtangga itu paling utama. Kita kalau ada spent of money pun lebih suka melancong dan makan-makan. Hah! Dalam melancong adalah bahan material deko-deko kita nak sambar...hehehe

Alhamduliah kita di kurniakan rumahtangga yang bahagia walaupun dalam keluarga kecil. Impian kita nak tengok anak-anak berjaya dalam akademik dan berakhlak mulia. Insyallah!

ONAK DAN DURI PESAKIT HIV

Salam semua! Jom baca artikel ni, kita renungkan bersama. Selamat membaca. Panjang sikit eh! :)

Pada tahun 1996, Julius (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja di Singapura. Sebagai sebahagian daripada syarat memperbaharui permit kerja, Julius dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. Keputusan pemeriksaan tersebut amat memeranjatkan. Keputusan menunjukkan dia menghidap HIV!. Kerana disahkan mempunyai HIV, Julius tidak dibenarkan bekerja di Singapura dan permit kerjanya tidak diperbaharui. Beliau terpaksa pulang ke Malaysia.


Julius diberi kaunseling dan dirujuk ke Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) di mana diberi surat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu. Di hospital tersebut, pegawai perubatan kanan yang memeriksanya menasihati beliau mendapatkan rawatan, yang kosnya adalah RM200. Kerana tidak mempunyai cukup wang, Julius memberitahu jururawat yang dia akan pulang dahulu dan kembali dalam masa seminggu. Tetapi reaksi yang beliau terima cukup 'mengejutkannya' dan beliau melangkah pergi dengan penuh rasa kecewa.

"Kamu ada HIV dan kamu tidak mahu dirawat?" Itulah kata-kata seorang jururawat yang bertugas di kaunter. Julius terpegun dengan kata-kata tersebut dan terus meninggalkan hospital itu. Dia melangkah pergi dan bertekad tidak akan kembali.

TIADA RAWATAN

Julius menuju ke Petaling Jaya dan mendapat pekerjaan di sana namun beliau tidak berusaha mendapatkan rawatan bagi masalah HIV yang beliau hadapi. Setelah bertahun-tahun berlalu dan tanpa sebarang tanda dan gejala, Julius menganggap virus tersebut telah meninggalkannya. Beliau pulang ke Sabah pada tahun 2003. Enam bulan kemudian, Julius mengalami demam yang teruk serta penyakit kulit. Beliau mendapatkan rawatan di hospital tetapi gagal menceritakan riwayat perubatannya kepada doktor.

Dari filem x-ray, paru-paru beliau menunjukkan ada jangkitan kuman. Doktor yang merawat menyangka beliau dijangkiti batuk kering dan memberikan ubat. Julius jatuh sakit dan terlantar selama empat bulan sehinggalah seorang sepupunya menghantar beliau ke hospital di mana beliau dimasukan ke dalam wad. Hanya selepas ini barulah seorang doktor bertanyakan tentang penyakit kulit yang dialaminya dan menasihatinya mengambil ujian HIV. "Saya bersetuju kerana yakin saya tidak lagi menghidap HIV. Dua minggu kemudian keputusan ujian mengesahkan saya positif HIV", kata beliau.

BERSENDIRI, DISKRIMINASI DAN KECEWA

Badai yang melanda muncul selepas 24 jam kemudian. Seorang sepupunya yang lain telah tanpa disedari memberitahu rakan-rakanya tentang Julius dan HIV yang dihidapinya. Semenjak itu tiada daripada mereka yang melawatnya di hospital.

"Saya bersendirian dalam sebuah bilik yang mempunyai bilik mandi dan tidak dibenarkan menggunakan peralatan hospital. Kakitangan hospital memberikan makanan yang telah siap dibungkus. Bila mereka perlu mengambil suhu badan, mereka datang berpakaian gaun surgikal lengkap dengan topeng dan sarung tangan. Saya dapat merasakan ketakutan serta kejelekan mereka terhadap saya.

"Tetapi itu tidak melukakan harapan saya dibandingkan dengan apa yang dikatakan sepupu saya tentang saya yang sudah menyusahkan beliau dan keluarganya kerana mereka diperlukan menjalani ujian darah bagi HIV disebabkan keadaan saya".

Julius kemudian dibenarkan keluar dari hospital dan beliau pulang ke kampung halamannya di mana beliau mempunyai sebidang tanah. Seorang jiran telah membina rumah kongsi di situ bagi pekerjanya dan Julius dibenarkan menginap di sebuah bilik di rumah itu.

Tidak lama kemudian jirannya meminta beliau meninggalkan rumah itu setelah menerima berita tentang keadaan HIV Julius dan takut berita itu tersebar dan beliau akan kehilangan pekerjanya.

"Pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) juga datang dan menasihati saya supaya pergi. Kata saya beliau tidak dapat menghalau saya pergi dari situ jika saya mahu terus tinggal di atas tanah hak milik saya". Dengan bantuan kewangan daripada kakaknya, sebuah rumah yang kecil dibina untuk Julius.

"Rumah saya tiada elektrik. Hanya ada bilik tidur, bilik mandi dan dapur. Seorang sepupu yang punya kedai runcit akan menghantar barang keperluan. Saya tinggal bersendirian dan takut disisih masyarakat. Saya hanya keluar dari rumah seminggu sekali untuk membeli ikan atau daging di pasar." Tetapi Julius tidak berputus asa.

Tiga tahun dulu, beliau kembali ke Kota Kinabalu dan dengan bantuan Jabatan Kebajikan Hospital Queen Elizabeth telah mengeluarkan RM40,000 daripada simpanan KWSP beliau. Dengan wang itu Julius memulakan hidup baru dan membuka sebuah kedai fotostat.

SUKARELAWAN

Beliau kini aktif sebagai sukarelawan dalam Program Kumpulan Sokongan yang dijalankan hospital tersebut selepas menjalani latihan melalui pembiayaan Majlis AIDS Malaysia. Peranan beliau sebagai sukarelawan ialah bagi memberi sokongan moral terhadap pesakit HIV yang belum lagi dapat menerima kenyataan.

"Bila pesakit mengetahui mereka menghidap HIV, mereka jadi murung dan enggan menerima kenyataan. Tugas kami adalah membantu mereka dan memberi keyakinan yang ianya bukanlah berakhir bagi segalanya dan mereka boleh hidup secara normal.

"Saya juga ingin menyeru kepada mereka yang tiada penyakit ini. Janganlah takut terhadap kami. Tolonglah faham yang anda tidak akan dijangkiti dengan hanya berada dekat dengan kami."

Sumber : Bernama

REHAT DAY

Yeayeayea! Esok tak keja. Wah! Boleh makan-makan, tido-tido, baring-baring, duduk-duduk dan paling bess tak payah pikir pasal kerja ko.

Paling utama dapat mentenet lama dan skodeng blogger lain...hehehe. Blogger lain kemana esok?

FATIN LIYANA @ honeykoyuki

Kredit to http://honeykoyuki.blogspot.com/

Cantik tak anak dara kat atas tu? Kita rajin masuk blog dia, cantik ko. Single availabe lagi tapi tak taulah kalau dah ada gitu2...hehehe

Fatin Liyana ni fofular gaklah nama dia sebab penah jadi cover girl magazine. Kita nampak dia aktif berblog walaupun bz dengan study. Jom klik Fatin liyana.

Jom terjah....:)

GADER-GADER FAMILY

Sekarang ni every weekend ada agenda kita nak buat...hehehe. Last week penat sangat so sleepy mode. Agenda kita yang baik-baik bukan mesyuarat tingkap ke tingkap ya...hehehe.

Malam tadi abah kita dah calling2 ajak balik alasannya anak-anak dia semua nak buat gathering. Bess ni! tapi tambah kembang babat kita...hahaha. Baru susut sikit...hehehe.

Kita malam ni ingat nak buat puding atau kek epal. Kalau malas nampaknya keluarlah jari telunjuk kita yang ayu ni..Blewkkk!

PLUS BERI DISAKAUN 20%

Kuala Lumpur - PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan memberi diskaun hingga hampir 20 peratus kadar tolnya dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 1 hingga 3 November, dan 8 hingga 10 November ini bersempena dengan sambutan Deepavali.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, diskaun tersebut adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada, yang dinikmati pengguna kenderaan kelas satu di lebuh raya PLUS dan ELITE di luar waktu puncak setiap hari.

"Pengguna kenderaan ringan boleh menikmati diskaun tersebut apabila keluar atau membayar tol di PLUS, ELITE dan Linkedua, kecuali di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu Causeway, Plaza Tol Tanjung Kupang dan lebuh raya Butterworth Kulim," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, diskaun itu merupakan sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan (PTI) PLUS sebagai imbuhan kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya di luar waktu puncak.

"Di samping itu juga, program ini memberi peluang kepada mereka membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan," katanya

Sumber : Bernama.

KAUM POMPUAN DAN HARI JUMAAT

Dua aktiviti yang di nanti-nantikan oleh kaum perempuan kalau tengahari jumaat...hehehe. Betul tak? Ini permintaan kaum wanita yang berkerja lah...hehehe. Ada terasa hati atau macam tak biasa...hahaha. Soka hati ko lah makkkkk...hehehe

Hari jumaat ni langkah macam panjang sikit maksud kita bukan suroh korang langkah hah panjang-panjang. Luas kang! hahaha.

Pertama, kalau yang balik rumah. Banyaklah aktiviti yang di buat ambil anak balik sekolah, memasak, memasak, kemas rumah dan paling rajin buat taik mata...hahaha. Paling wanita solehah layan suami makan nak pegi solat jumaat ko. Kita? Tanya incik asben. Solehah ke? Hahaha

Keduanya, mana yang kaki shopping memang kekwat dekat shopping komplek. Ada setengah tu dah macam buat survey bilangan shopping komplek...hahaha. Perghhh! membelek bukan main lama, keluar tengok-tengok cinonet je plastik beg ko....hahaha

Itulah gelagat kaum pompuan kalau hari jumaat. Tak kisahkan janji korang bahagia...hehehe.

KADAR ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Memandangkan hari ni jumaat, rehat panjang kita pun jelajah dalam internet. Dalam kita menjelajah terpandang satu artikel 'Statistik Anak Luar Nikah Di Malaysia'. Punyalah rajin kita siap taip buat jadual dan graf. Macam nak buat presentation bagai...hehehe. Terlebih rajin ko...hehehe.

Apa yang buat kita tersentap negeri Selangor mendahului negeri lain dan di ikuti negeri Perak, Kuala Lumpur, Johor (negeriku..adeh malunya, jatuh tempat ke 4), Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Perlis, Sarawak dan kadar paling rendah Terengganu.

Kalau kita perhatikan dari segi pengamatan Pulau Pinang adalah bandaraya besar tapi kadar sosial agak rendah. Takut dengan kadar graf di atas, kenapa ya anak-anak bangsa kita sampai sebegini?

Satu lagi Sabah kita tak nampak tersenarai dalam statistik tersebut, adakah tiada kelahiran luar nikah di sana? Hope tahun ini ada penurunan sebab kempen dan motivasi semakin berleluasa di sana sini moga kesedaran rakyat Malaysia menangai gejala tersebut.

Dah macam Datuk Sharizat kita menaip, lom lagi nak berucap...hahaha. Sikit jadilah kita membantu kesedaran. Insyallah perkara yang membawa kebaikan kita akan sebar-sebarkan.

SKIM CEPAT KAYA : SEORANG LELAKI DI TAHAN

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30-an telah ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Putrajaya bagi membantu siasatan ke atas sebuah syarikat skim cepat kaya di Taman Equine Park di Seri Kembangan dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Kanannya, Shahrudin Hamzah berkata, dalam serbuan ke atas premis itu pada pukul 10.30 malam tadi, seramai 30 ahli syarikat turut diperiksa dan diambil keterangan, sebelum mereka dibebaskan.

"Serbuan tersebut dibuat atas hasil maklumat dan aduan dari orang ramai.

“Lelaki yang ditahan itu dipercayai orang kuat skim tersebut. Kita turut menyita beberapa buah komputer riba (laptop) dan berpuluh-puluh kepingan risalah mengenai skim ini yang dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal pagi ini setelah menamatkan operasi tersebut.

Beliau berkata, skim itu dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menjanjikan pulangan hampir mencecah RM100,000 dalam tempoh sebulan kepada pelabur yang membuat pelaburan minimum RM3,000 seorang.

Sebelum mengajak ahli melabur, syarikat itu menarik orang ramai dengan menjual pelbagai produk, termasuk produk kosmetik dan kesihatan, dan selepas itu memujuk mereka melabur dalam skim cepat kayanya, kata Shahrudin

SITI BALQIS LARI KE JELEBU

Besut : Kehilangan Siti Balqis Mohd. Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab hari ini apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamarudin Mohd Zakaria berkata, polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

"Anggota telah dihantar ke rumah itu dan dia bersama rakannya itu telah dibawa pulang ke sini pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Oktober ini.

Sumber : Bernama.

DEKO-DEKO CT




Meja jati ni kita pun tak tau nak sebut nama dia apa. Actually dah buruk bebeno meja di atas tu tapi kita dah bagi dia nampak baru semula. Kita gosok dan varnish semula. Barulah buat deko-deko bersama CT...hehehe

Bukan pandai mana pun tapi minat yang mendalam pada barang-barang antik secara tak langsung kita minat pada dekorasi rumah.

Kalau tengok barang-barang kat atas tu ada yang kita beli dekat Pasar Karat, beli di kedai perabut jati, Langkawi, kirim kawan di Bali dan ole-oleh dari China pemberian jiran lama.

PROGRAM REALITI TV

Banyak betul sekarang program realiti dekat tv, antaranya dulu kita paling suka tengok Gadis Melayu. Sekarang dah tak tengok langsung. Ntah ya...hehehe.

Just pandangan kitalah program Gadis Melayu tu kalau boleh tunjukkan betul-betul nilai ciri Gadis Melayu tulen. Pandai je kita komen...hak kitakan sebagai penonton...hehehe

AC MIZAL TERLEPAS HUKUMAN PENJARA

Kajang - Penyanyi dan pengacara AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini pada Khamis terlepas daripada hukuman penjara selepas beliau membayar tunggakan nafkah anaknya seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kajang di sini.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan Mizal, 38, dipenjara selama 25 hari bermula hari ini sekiranya bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu gagal membayar tunggakan nafkah dua anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Shafnie Zainuddin, 34, sebanyak RM9,800.

Selain hukuman tersebut, pengacara berkenaan turut dikenakan denda RM1,500 sekiranya gagal membayar denda, penjara selama 10 hari bagi kesalahan kegagalan beliau menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada Shafnie.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata secara keseluruhannya perbuatan Mizal tidak disifatkan sebagai menghina mahkamah sebaliknya pengacara berkenaan dianggap telah melanggar perintah mahkamah.

"Perbuatan responden tidak membayar nafkah anak sebanyak RM200 bermula sejak Januari 2005 hingga 19 Feb 2009 iaitu selama 49 bulan yang kesemua tunggakan berjumlah RM9,800 merupakan satu tindakan yang tidak mematuhi perintah mahkamah dan ia bukannya penghinaan kepada mahkamah.

"Justeru mahkamah memerintahkan bahawa wang tunggakan nafkah anak RM9,800 dimasukkan hari ini juga dan bagi perbuatan respondan yang tidak menghantar penyata kewangan syarikat kepada plaintif, mahkamah mendapati ia adalah satu penghinaan dan mahkamah mengenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut," katanya.

AC Mizal yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kemudiannya menjelaskan jumlah tunggakan nafkah tersebut ke akaun RHB milik Shafnie dan anak pertamanya serta membayar denda berkenaan.

Abdul Halim berkata pelanggaran perintah mahkamah yang dibuat penyanyi tersebut belum mencapai tahap menghina mahkamah kerana mahkamah mendapati Mizal masih lagi mematuhi perintah dengan menjalankan tanggungjawabnya menyediakan perbelanjaan awal persekolahan anak-anaknya.

Selanjutnya klik Bernama.

Thursday, October 28, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN PANTAU PELAJAR JUAL KOMPUTER RIBA

Putrajaya - Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan berhubung dakwaan terdapat pelajar menjual komputer riba di bawah program Komputer 1Malaysia yang diberikan secara percuma oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

"Sebab itu, di peringkat kementerian kita hendak memantau atau merekodkan pemberian itu...dan ia bukan sahaja digunakan di rumah tetapi turut dibawa ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Jalur Lebar, di sini, hari ini.

Komputer itu diberikan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar berdasarkan nisbah yang ditetapkan.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pasti sama ada disebabkan faktor tidak mampu melanggan perkhidmatan jalur lebar telah membuatkan mereka terpaksa menjual komputer riba tersebut.

Oleh itu, guru sekolah boleh menyemak sejauh mana pelajar terbabit masih menyimpan komputer riba yang diberikan.

Sumber : Bernama

CORNETTO SHOW YOUR LOVE


Jom makan Ais Krim Wall's Cornetto sebanyak mana yang boleh

Kumpul penutup Ais Krim Walls Cornetto untuk memenangi hadiah yang hebat-hebat.

Poskan dengan BORANG penyertaan.

KOLEKSI JAM TANGAN


Kalau di perhati macam membazir kitakan...hehehe. Jam berderet dah beli lagi...hehehe. Kita minatlah kumpul jam tangan. Semua masih berfungsi, kalau jarum tak bergerak bukan rosak tapi beteri abis...hehehe. Ini pun ada 2 buah jam tangan yang kita tak snap masuk dalam sini. Kita beli di Arab Saudi.

Ada idea tak cara nak simpan koleksi jam. Kita tak ada idea langsung ni.

JALAN-JALAN BAZAR

Lepas maghrib kita keluar, nak tengok bazar di UTM yang jual pakaian dan pelbagai lagi. Nak cari apa? Ntah ya, coci mata cukuplah....hehehe

Suka-suka layan masa terluangkan. Malam nanti kita layan lagi blog ya!

MOOD HAPPY

Mood happy! Uitsss, tak happy ke tiap-tiap hari? Oooooo no! no! tapi terlebih happy woook hari ni...hehehe

Alhamdulilah selamat dah program K-Sharing kita bersama and the gang. Huh! kita dapat hadiah buku 'Rentetan Sejarah Malaysia' ko jangan tak tau...hehehe. Puas ko kita nak mengingat 10 unsur-unsur Patriotisme sebab nak menjawab kuiz...hehehe. Cantik dan berkualiti isi kandungan buku tu, kita dah tengok sekali lalu. Buku punya pasal sanggup kita redah. Kita memang cinta sangat dengan bahan bacaan. Rumah kita dah melambak-lambak dengan buku ilmiah dan sebagainya.

Semalam on the way ke Kuala Lumpur incik asben dah tegur pasal nak letak buku yang semakin banyak. Tengah berangan nak tempah rak dari kayu yang boleh di jadikan partition dari ruang makan utama ke ruang makan kecil. Ishhh! Cantik tu.

RITA RUDANI KELIRU

Keliru aku keliruuuuuuu...jom nyanyi...hehehe. Ishhh! Layan!

Saya menjadi keliru dan terkejut apabila Aidil dilaporkan pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memfailkan permohonan sulh sedangkan sewaktu pulang untuk memulihkan kembali hubungan baru-baru ini, Aidil menyatakan dia menyayangi saya dan anak.

“Bukan itu saja, dia turut berjanji akan menjaga rumah tangga kami dan memastikan kandungan saya yang baru berusia tiga bulan dalam keadaan baik,” kata dramatis popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang kini mengandung anak kedua pasangan itu. Sewaktu dihubungi, Rita menjelaskan dia...

Selanjutnya klik Hmetro.

WARGA UTM BERPUISI

Malam Puisi Riong Berita Harian-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-2 di UTM, Skudai, baru-baru ini, melengkapkan makna kemanusiaan sejagat dalam bentuk puitis melalui bacaan puisi oleh sarjana dan pelajar sarjana dalam bidang sains termasuk pelajar dari luar negara.

Usah lagi buka pintu rumah kita ini
untuk angin gunting yang kasar
biarpun sezarah suara rasa simpati
tergoncang di ragawi pencalang
menanti ketika untuk merubah segala lalu mengopak kulit keamanan
menghiris pilu daging kemakmuran
yang telah terbina kukuh
selirat akar peradaban tamadun ini.

Selanjutnya klik Bharian.

PENATNYA!

Gambar dari Facebook

Salam semua. Huh! Penat badan kita macam tak puas berehat...hehehe. Memandangkan hari ni ada tugas-tugas urgent yang tak boleh kita lewatkan. Cuti rehat pun tinggal paras hidung....hehehe.

Hari ni kita ada program K-Sharing bersama En. Khamdi Ismail, kita biasalah bertugas bahagian hadiah ko. Baru lepas buat deko-deko hadiah, cantik ko! Poji diri sendiri sekali sekala apa salahnya kan makkkk? Hahaha.

Adeh! Penat makkkk! :)

KAYU SIKAMAT


Kayu Sikamat? Apa ni, adik kita sebut, Oooooo agaknya dia sebut Segamat. Tak lama adik sebut lagi Kayu Sikamat. Kita terus tanya tu benda? hehehe.

Dia cakap nanti tengok. Kita bayangkan, wah! kayu ko....hehehe. Lurus binti bendol makkkkk...hehehe.

Kayu Sikamat? Chakooooi ko...hehehe

PENJAWAT AWAM BUDAYAKAN KREATIVITI, INOVASI DAN BERTINDAK

Putrajaya - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Rabu meminta penjawat awam supaya membudayakan kreativiti dan inovasi dalam cara mereka berfikir serta bertindak, bagi mempercepatkan perubahan dan transformasi sosioekonomi negara.

Beliau berkata pembangunan minda yang kreatif serta minat yang tinggi terhadap inovasi, perlu disemarakkan bagi menerokai kaedah terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan, di samping mengoptimumkan prinsip "berbaloi dengan nilai wang".

Selanjutnya klik Bernama.

Wednesday, October 27, 2010

ALHAMDULILAH

Alhamdulilah kita sampai rumah pukul 10.15mlm. Penat tul sebab balik hari. Berhenti rehat kejap dekat R&R. Dari Kuala Lumpur sampai Johor Bahru cuaca redup, hujan renyai sana sini.

Esok kita keja...huhuhu. Mak penat ko! :)

GUNUNG MERAPI MELETUS

Yogyakarta - Letusan Gunung Merapi petang tadi mula meragut korban dengan sekurang-kurangnya satu kematian, selain mencederakan sejumlah mangsa dengan luka melecur di muka dan badan.

Stesen televisyen swasta MetroTV menyiarkan gambar paramedik berusaha menyelamatkan bayi berusia sekitar tiga bulan dengan alat bantuan pernafasan.

"Keadaan pernafasan bayi ketika datang ke hospital memang sudah parah, diperkirakan memang sudah meninggal di perjalanan," kata Dr Sasongko yang bertugas di Hospital Umum Daerah Muntilan, Jawa Tengah.

Beliau berkata di hospital itu terdapat sembilan pesakit lain yang cedera akibat letusan gunung berapi tersebut.

Sementara itu, Hospital Panti Nugroho di Sleman, Yogyakarta turut merawat beberapa pesakit yang cedera akibat melecur.

Selanjutnya klik Bernama.

KAPLA @ KELAPA



Abah kita kata nak buat apa dengan pokok kelapa tu? Mana ada tanah nak tanam...hehehe. Kita gelak je masa mengangkut dalam keta masa kat Terengganu. Cikgu-cikgi depan umah adik kita pun gelak sama perati perangai kita ni...hehehe. Gelak ya! hehehe

Nanti ko, taulah kita nak wat hape...hehehe. Bagi orang terbeliak tengok deko-deko kita kalu dah menjadi. Tunggu ya, taulah kita nak bagi dia encem ko...hehehe

HUKUM TEETH BRACES @ PENDAKAP GIGI


Korang tingin tak nak pakai teet braces @ pendakap gigi...ekekeke. Cian kita tengok dorang yang baru pakai. Nak cakap pun seksa, makan lagi la...hehehe. Zok, zek, zok, zek...hehehe

Sapa yang takmo cantikkan, nasib gigi kita dah parking cantik. Mau tak kena kuar riban-riban...hehehe. Ada juga orang yang mempertikaikan dari segi hukum hakam bab memakai teeth braces. Cuba baca di bawah.

Soalan :

Kemusykilan saya mengenai rawatan gigi. Adakah umat islam boleh mengunakan rawatan pendakap gigi untuk meluruskan gigi bagi tujuan untuk kecantikan?

Jawapan :

Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud, "perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik". Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.cAdapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan.

Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi.Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

KLING! KLING! KLINGGGGGG!

Anak buah kita, Ika dan Mek Harsya

Kling! Kling! Klinggggg mari beli, mari beli, mari beli aiskim Malaysia...hehehe. Kita belikan anak-anak buah aiskim Malaysia masa coti-coti kat Kuala kemaman hari tu. Dah lama tak nampak aiskim ni, lepaskan gian suruh anak-anak buah yang makan...hehehe

Aiskim ni zaman kita kanak ribena dolu-dolu ko. Ntah sekarang tak nampak lagi kemoncolannya semola. Popoz kot! hehehe

Kling! kling! Kling nak aiskim kak? Abang nak bape? :)

DEKO-DEKO MEJA KONSOL



Rasanya dah banyak rumah memiliki meja konsol. Kita pun ada tapi yang cumil je kalu nak banding dengan badan kita yang kembang ni...hehehe. Paling penting sedap mata kita memandang...hehehe.

Atas tu kita bubuh perenjis air mawar yang kita beli kat Arab Saudi. Murah ko kat sana, menyesal tak beli lebih. Itu pun dah shopping sakan bagai...hehehe. Kita letakkan lagi lampu chemeni dan pokok lidah jin. Aiyokkkk! Jin? Ehh! Bukanlah Jin aprettt ko...hahaha

Bawah tu lak kita letak kayu bubuk (org indon kata bukan akak kata ko..ehehe) dan sebelah tu bakul antik Kita beli kat Pontian tempat jualan barang antik. Kelabu asap bijik mata akak masa ke sana, Insaf kejap je...hehehe

lagi satu korang nampak tak yang bulat2 putih tu macam helmet...hehehe. Tu cengkerang siput, tu kita beli kat Kuala Kemaman 2-3 tahun dolu.

Kita buat deko-deko guna idea sendiri. Bagilah komen, kita ni tak pandai sangat just guna kreativiti yang tak bape nak kreatif...hehehe

CT @ KAK CT YANG KORANG KENAL

Family kecit : CT@ Kak CT, Incik Wan, Azim dan Aja

Anak dara - Aja

Anak bujang - Azim

Kita asyik cite pasal coti-coti, interior design dan cite-cite semasa. Kurang cerita pasal peribadi kitakan. Okies , call kita CT @ kak CT usia dah tua ko, 44 thn...hehehe. Status? Ehh! Dah kawen ko 21 hari, opppss! tahun daaaa. Alhamdulilah bahagia sampai sekarang. Insyallah.

Kami nikah dengan incik asben 29 Oktober 1989, bertunang 6 bulan, lepas tu nikahlah kannn...hehehe. Kita lewat sikit dapat baby. Sempat gak kita cintan cintun dengan kang Mas Joko lepas kawen...hehehe. Mas Joko? Incik asben aka incik Wan kitalah...hehehe

Tahun 1991 kita dapat baby pompuan, Siti Hajar aka Aja. Dah anak dara sekarang, still melanjutkan pelajaran kat U. Ermm...Ada hati nak jadi menantu? Calling2 ni mak mentua dulu. Ada berani? hahaha

Lepas tu tahun 1994 dapat sorang lagi baby lelaki, Muhammad Azim aka Azim aka Ajim aka Sauk. Banyak ko dia punya nickname. Kita skodeng dia punya fb, suka awek kiut miut kunun...hehehe. Cehh! Ada hati bagai, study lom abis. Duit pun tadah ibu...hehehe

Kerjaya? Kita ibu yang berkerja dalam sektor gomen sebagai pencuci tandas...hahaha. Cukuplah tu kenal peribadi kita takat ni...hehehe. Apa ong putih cakap? The end of life!...hehehe. Iskkk! tak pandailah cakap-cakap ong putih ni, kita sekolah pondok dolu-dolu...hehehe

SAPA TAK KENAL RIZALMAN ?

Rizalman
Dekorasi ruang tamu rumah Rizalman

Korang kenal tak insan ni, Rizalman. Satu nama yang cokop fofular. Kita suka ikut perkembangan deko-deko dia. Tak kelip-kelip biji mata akak tengok dekorasi dia. Cantik belaka koooo!

Kita mula kenal apa itu blog melalui blog dia...hi3. Mula-mula tertarik pastu jadi debommm! hehehe. Kita banyak mengikuti perkembangan dia melalui blog dia. Korang kalau nak baca masuk sini http://rizalmanibrahim.blogspot.com/. Memang besslah, tambah-tambah kalau pencinta fesyen dan dekorasi.

Kita tumpang bangga anak melayu jadi macam ni. Solute akak!

ON D WAY

Salam 1Malaysia semua. Kita on d way ke Kuala Lumpur sekarang. Doakan kita selamat pergi dan kembali dalam perjalanan ya. Selamat menjalankan tugas semua.

Senyum Sokmo!

ISU HANGAT SHARIFAH MAZLINA


Gambar dari Pesona Batik

Terkezut kita baca dalam entry si Ben tapi penah gak dengar isu hangat ni. Kita anggap isu hangat tu berlalu camtu. Masa tu pangkat Datuk dia kena tarik oleh teeetttt!

" Dato' sebenarnya juga seorang penipu yang telah dengan licik menipu rakyat Malaysia tentang ekspidisi ini. Dato' berpura-pura seperti Dato' telah berjaya sebaliknya tiada satupun scene yang Dato boleh tunjukkan untuk membuktikan bahawa Dato' telah berjaya menjejaki kutup utara. scene dalam video hanya menunjukkan perkara remeh temeh termasuk pakaian yang dipakai dan sedikit scene tentang kesusahan mengheret bag dan tidur dalam kemah.

Dato' sebenarnya telah menghabiskan wang rakyat untuk bercuti di Canada dan lain-lain tempat untuk ekspidisi ini. Bila sampai kononnya di kutub utara Dato' menjerit seperti Doreimon ' eeh saya sudah sampai... " begitukah gelagat seorang yang telah berjuang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, malah itu semua hanya sandiwara Dato' untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang bodoh yang boleh percaya dengan perkara yang bodoh seperti itu
"

Ermm.. pengalaman kita di Bangunan Mawar, Johor Bahru last year. Kita siap berjabat tangan, bergambar, kongsi pengalaman dan berdepan dengan insan bernama Sharifah Mazlina.

Paling penting kita tinggi dari dia...hahaha.
Orangnya biasa je, low profile. Rasanya ada dalam entry dolu-dolu kita ada cite tentang dia. Malaslah nak korek cite dah basi...hahaha. Orangnya ala-ala lelaki sket...hehehe.

Masa tu dia berkongsi pengalaman jelajah kutub. Dari cerita dia memang nampak secara peribadi nya jujur untuk berkongsi pengalaman. Kita pikir yang positif.

Masa buat presentation tu memang dia berkongsi cite dari A-Z siap bagai gambar-gambar dan alat kelengkapan masa di sana.


Cuma apa yang kita nampak dia tak pegi sorang jelajah kutub, ramai lagi yang turut serta. Kita cuma terpikir, kenapa nama dia sorang yang di sebut-sebut dalam media elektronik, paper dan bagainya?


Betul ke isu ni? Ermm..kalau betul kita salah sorang insan yang tetipu...uwaaaa. Cian akak ko! Benar atau sebaliknya tu urusan dia dengan Allah.

Nota : Tq Ben, akak pinjam sikit artikel dlm entry ya!

Tuesday, October 26, 2010

RAK SERBA GUNA


Selain menyimpan koleksi buku, rak buku turut berfungsi sebagai ruang pameran, ruang penyimpanan khasnya jika diletak di bilik tidur dan antara elemen penting pembentukan pustaka mini.

Buku :

Merancang susunan buku secara kreatif dan artistik mengubah bilik biasa nampak berseni. Susunan buku merujuk warna baik secara mendatar mahupun menegak mewujudkan impak ‘pelangi’ dalam bilik.

Bagi menggemari suasana pustaka zaman silam, anda disyor menanggalkan kulit dan plastik yang membaluti buku. Cara ini membuatkan koleksi buku anda itu dilihat usang dan antik.

Mereka yang menginginkan gaya kontemporari mampu memperolehnya melalui buku dibalut kertas putih. Bagaimanapun, pastikan setiap buku dilabel tajuk manakala nama pengarang menggunakan tulisan komputer.
Aksesori rak buku

Sekiranya tidak banyak koleksi buku, lebihan ruang buku elok ditempatkan barangan kraf, ole-ole kenangan, gambar berbingkai dan pasu berserta bunga. Lebih cantik andai jurang susunan buku diletak pasu dan tembikar pelbagai warna, jam antik dan bingkai gambar.

Selain itu, digalakkan juga ditempatkan piring hiasan besar di belakang timbunan buku manakala pemberat kertas serta hiasan kulit siput diperagakan para lekap berdekatan.

Langkah menghias bahagian belakang rak buku :

Seribu macam gaya boleh ditonjolkan di bahagian belakang rak buku. Antaranya, anda boleh mengecat rak sedondon warna dinding atau jika berkenan dengan sentuhan moden pilih warna unik seperti hijau limau purut atau merah jambu pekat.

Kertas dinding corak ranggi pula dipercayai menghidupkan gaya ruang manakala konsep desa inggeris mampu dizahirkan menerusi sempadan dinding panel kayu.

Ruang simpan :

Rak buku turut berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Bakul anyaman rotan yang ditempatkan di rak buku boleh dijadikan sebagai bekas menyimpan mainan.

Selain itu, anda juga boleh menambah laci di rak bagi menyembunyikan perkakasan elektrik seperti pemain DVD manakala binaan pintu gelungsur memberi impak rak buku ‘rahsia’. Binaan pintu juga dikatakan membantu melindungi buku dari dilekat habuk.

Info :

Bagi kediaman sedia memiliki rak buku, elok bagi anda memikirkan cara mempelbagaikan kegunaannya atau dwifungsi. Misalnya, selain menempatkan buku, anda disyor mengosongkan bahagian bawah rak untuk diisi televisyen serta sistem pembesar suara. Cara ini membuatkan ruang dimanfaatkan sebaiknya.

Sumber : Bharian.

BUNGLO TUJUH RUANG TAMU


Pasu menjadikan hiasan rumah nampak redup dengan pokok hijaunya
Ruang tamu berunsur Bali
Meja zaman dahulu menampakkan antik
Citrasa perhiasan tradisional

Bertandang ke banglo pasangan Melayu-Cina ini bagaikan bertamu di kediaman dalam taman. Lebih-lebih lagi rumah mewah itu terletak di kawasan kejiranan elit Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Di sudut mana pun anda berada, pandangan akan disajikan dengan kepelbagaian tumbuhan jenis saka, palma dan renek yang bermacam warna.

Kawasan laman yang ditambak lebih tinggi daripada aras jalan raya pula memberi dimensi panorama yang berbeza.

Selain dipagari pohon beraneka spesies, kedudukan rumah yang bersetentangan dengan kehijauan hutan Taman Pertanian Bukit Cahaya ini seolah-olah mencantumkan seluruh isi rumah dengan simfoni damai sang alam.

“Inilah kawasan kediaman impian saya. Ia tidak jauh dari pusat bandar dan rimbun dengan kehijauan alam.

Selanjutnya klik Kosmo.

POKOK MENYEJUKKAN KEDIAMAN

Menggemari pokok hidup yang berbunga atau pokok orkid berbunga untuk diletakkan di dalam rumah membuatkan Aliza Taher sanggup membeli pokok tersebut pada setiap bulan.

Kata Aliza, dia dan suami tidak menyukai bunga tiruan. Justeru itu, suaminya akan ke Sungai Buloh membeli pokok bunga pada setiap bulan untuk menggantikan pokok bunga yang telah gugur di rumahnya.

‘‘Kami sukakan pokok bunga orkid kerana bunganya tahan lama sehingga sebulan. Harganya pun tidaklah mahal cuma RM10 sepasu. Jika membeli bunga tiruan pun harganya lebih mahal daripada itu,’’ kata Aliza tatkala ditemui di rumahnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, selain pokok bunga untuk diletakkan di dalam rumah, boleh dikatakan seluruh persekitaran rumahnya, di depan, belakang, di atas malah di atas bumbung pun, suaminya menanam pokok-pokok bunga dan sayuran seperti pokok tomato, anggur, cili, limau kasturi dan sebagainya.

Selanjutnya klik Utusan.

KEGIATAN MAKSIAT ATAS BUMBUNG BERAKHIR DENGAN TRAGEDI

Petaling Jaya – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang. Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Nota kaki : Pengajaran untuk kita semua, mengingatkan pada ahli keluarga dan rakan blogger semua.

Sumber : Kosmo