Nuffnang

Monday, September 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA










Dari semalam abah mengajak berbuka puasa di rumah saya, namun saya menolak ajakan abah kerana kurang sihat.

Pagi tadi sewaktu di pejabat abah talipon pejabat mengatakan dia nak berbuka puasa juga di rumah kami petang ini. Awal subuh selepas bersahur, suami ada meyuarakan hasrat hati nak ajak family semua berbuka sama di rumah kami, tapi saya kena mengambil cuti rehat sehari untuk buat preparation. Lain jadi perancangan kami. Abah dah datang awal.

Saya keluar dari pejabat pukul 5.00ptg. Pusing-pusing sampai rumah dah pukul 5.30ptg. Abah, mak dan Opiq dah ada dalam rumah. Keluar semula beli bahan-bahan nak buat tomyam, beli ayam, udang dan ada beberapa barang yang saya beli di Kedai Runcit Shidah. Memulakan masak jam 6.00ptg bersama mak. Sempat juga beberapa menu saya masak petang tadi iaitu tomyam, ayam goreng KFC, udang goreng, soto dan air minuman.

Abah keluar semula jam 6.40ptg sebab nak ambil adik ipar, Zah dan anak-anaknya untuk berbuka puasa bersama kami. Abah sempat beli kuih muih dan Zah bawa bubur lambuk. Marvelous! bubur Zah masak.

Kaum lelaki pergi terawih pukul 8.15mlm, tinggal saya dan mak dirumah. Zah abah hantar balik secara kebetulan abah nak bersolat terawih di surau bersama, Opiq, Azim, Akmal dan Opiq. Mak bersolat isyak dan terawih di atas, saya mengemaskan apa yang patut di dapur. Kemudian naik atas solat isyak dan terawih 8 rakaat.

Barulah dapat rehat sekejap. Azim balik dari surau bagi tau kawan dia yang kemalangan dekat simpang empat dekat rumah telah meninggal dunia petang tadi. Kematiannya diumumkan di surau. Terkedu saya sekejap. Simpati sesangat sebab semasa kemalangan saya nampak kejadian tersebut ketika balik dari kerja. Terkedu atas sofa kejap, budak ini sebaya dengan anak, rakan sekolah dan sebagainya. Banyak kali saya beristighfar.

Apa pun kita boleh merancang perjalanan hidup kita tapi Allah yang menentukan segalanya.

Al Fatihah buah Allahyarham Nasir.

4 comments:

  1. Bengang sey, tak dapat buka sama2,,, Camne lah abah boleh ubah perancangan pulak!!! Hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. xpe kita buat makan-makan raya nanti. Buat marhaban keluarga. Wat jemput pisang pun makan2 jgkkan...huhuh

    ReplyDelete
  3. aduih sedapnyer..kiter tak boleh tengok udang pasti terliur..

    ReplyDelete
  4. Hasliza..salam pkenalan dari akak...kalau rasa nak makan udang jom la dtg umah, nnt boleh akak masakkan...ehehe

    ReplyDelete