Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

ALAM SEKITAR

8 pelajar terima hadiah Alam Sekitar

Kulim - Setelah dua kali tertunda akhirnya hasrat lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang, dekat sini, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan tempat kedua dalam pertandingan antarabangsa, Co2 Support, di Bergen, Norway Ogos lalu.

Pasukan itu merupakan pemenang bersama dengan SMK Perempuan St George, Pulau Pinang bagi kategori Sekolah Menangah.

Mereka membawa pulang hadiah berupa buku dan cenderahati.

Tempat pertama pertandingan anjuran SUPPORT dan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu disandang oleh sekolah dari Cyprus.

Pertandingan itu menumpukan kepada pemuliharaan alam sekitar dan cara-cara mengurangkan pembebasan gas Co2 yang menjadi faktor utama pemanasan global masa kini.

Mengikut jadual asal, penyampaian hadiah itu sepatutnya diadakan sempena Persidangan Alam Sekitar Sedunia (COP15) di Copenhagen, Denmark tetapi terpaksa ditunda kepada 18 hingga 23 April 2010 lalu ekoran letusan gunung berapi di Iceland pada 16 April lalu.

Sumber Bernama

No comments:

Post a Comment