Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

RASUAH

Rasuah: Bekas eksekutif Petronas bebas

Kuala Lumpur - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas eksekutif Bahagian Operasi dan Pembekal, Petronas Dagangan Berhad, daripada tuduhan rasuah.

Hakim Rosbiahanim Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Jabbar Mohamad, 53.

"Setelah meneliti keterangan yang ada, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, dengan ini tertuduh dilepas dan dibebaskan dari tuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Abdul Jabbar didakwa menggunakan jawatannya untuk melakukan rasuah dengan mengarahkan Hasim Bidin, pemilik syarikat Hassia Sdn. Bhd. yang ditawarkan satu tender di bawah program pembangunan vendor, untuk membeli kotak-kotak bagi botol minyak pelincir melalui Geena Enterprise, iaitu syarikat yang mempunyai kepentingan secara tidak langsung dengan tertuduh.

Abdul Jabbar, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Pembekal dan Operasi, Petronas Dagangan Berhad di Faber Tower, Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini antara Februari 1998 dan Ogos 1999.

Sumber Bernama

No comments:

Post a Comment