Nuffnang

Monday, September 27, 2010

CUEPACS YAKIN KERAJAAN AKAN BERI BONUS

Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini. Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula. Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".

Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini. Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan. Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan. "Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka.

Sementara itu, syarikat swasta yang mempunyai perjanjian terkumpul dengan pekerja dengan bonus sebagai kewajipan kontraktual akan terus membayar manakala yang lainnya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing. Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata ia adalah perkara biasa bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat bonus dari sebulan hingga empat bulan bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat.

Nota kaki : Kalau ada bagus juga, boleh kita makan angin lagi...hehehe

Sumber dari http://cuepacs.blogspot.com

2 comments:

  1. alor....kitorg yg private ni kene tunggu raya cina la pulak...

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Bonus raya cina lagi lumayan dik, kalau nak banding dgn bonus gomen ni. Seciput...hehehe

    ReplyDelete