Nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

PENANGAN SIPUT SEDUT

Perggggghhh! Leganya bila dapat rehat kejap sebelum kita menyambung kursus IT semula. Dapatlah sikit ilmu yang di beri oleh vendor tadi. Walaupun dah macam pening-pening lalat. Adeh! Sakit kepalaku. Perkara baru jadinya kita ambil masa untuk melaksanakannya dengan situasi pelajar yang kian bertambah dari masa ke semasa.

Ermm, majoriti yang datang berkursus tadi pihak vendor dan ketua-ketua IT dari Fakulti Sains Komputer termasuk juga dari tempat kita. Kita ni ketuat je...hahaha. Dah tugas kita antara suka dan tidak kena hadirkan diri. Ada kang jadi budak hitam. Eh! Tamo la.

Pagi tadi breakfast makan mee hoon, telur goreng dan teh tapi macam pelik sikit sebab ceterer tu bekalkan 1 botol kicap. Kita tertanya-tanya nak buat apa botol kicap ni? Dah jadi bahan gelak ketawa masa breakfast tadi.

Makan lagi, acctually kita jarang amik lunch tapi dah kursus kita makan. Rugikan tak makan...hehehe. Menunya nasi putih, batang keladi masak lemak bersama siput sedut, ikan goreng, sambal udang, sambal belacan dan ulam-ulaman. Bila nampak siput sedut macam terliur sangat tapi kita tak suka makan siput di luar macam tak puas. Kita selesa masak sendiri dan makan di rumah. Puas rasanya...hehehe. Untuk tidak menghampakan diri kita amik batang keladi dan lauk-pauk yang lain.

Bila dah berkumpul ramai yang makan kita dengar dah macam satu irama pulak. Sroooot, sretttt, shetttt, cooot (bunyi yg sedut contol ayu la tu) ...hahaha. Kita senyum je. Dorang ramai yang tanya kak Ct tak makan ke siput sedut? Kita senyum je tak tahu menderitanya tak dapat makan. Nanti kita masak dekat rumah...hahaha

4 comments:

  1. hihihi...jgn masak siput sedut tau kalau saya ke rumah kak ct..saya tak reti makan...hihihi

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Jom trn JB, tido je rumah akk. Ada 3 bilik yg free ni. Nnt akk bwk ronda2 bandar JB puas2..lagi nak kemana? Nusajaya pun blh...rugi tk datang. Jom la...jom la...

    Nnnt akk masak western food..malay food pn boleh...tamo siput akk masaklah ketam ke, sotong ke, kalau susah2 daging kucing ke pun blh...hahhaha

    ReplyDelete
  3. wah ctrl cun ea tak nak makan siput sedut hihihi

    tahan awak er kalau tak makan lunch..ina memang tak kose nak tunggu balik opis..mesti kena makan..


    tips elak bercerai

    ReplyDelete
  4. Adlina Husaini : tq masuk blog kita ya...hahaha...bkn ctrl cun...ctrl ayu je...insyallah leh btahan..:)

    ReplyDelete