Nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

SAUDARA BARU

Tadi balik agak lewat sikit sebab kenalan dari Terenganu nak jumpa di UTM. Secara kebetulan dia menghadiri konvokesyen anak perempuannya di sini. Biasalah bila keluar lewat jumpa roti dengan jem...hehehe

Kita tak boring menghadapi jalanraya jammed tadi, mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu Allah nak bagi petunjuk pada diri kita agaknya. Sejak kebelakangan ini kita suka buka channel IKIM. Secara kebetulan tadi topik saudara baru ke udara.

Seorang saudara baru tu berkongsi pengalaman dia masuk islam. Memula nak mendalami islam baginya banyak cabaran terutama family yang menentang dan juga orang sekeliling. Dia mengenali islam dari seorang rakan berbangsa melayu di mana ketika itu dia dalam semester 2. Dalam dia mengenali islam dan rajin bertanya pelbagai maklumat, belum pernah budak melayu tu bertanyakan, adakah dia sudi memeluk islam?

Moralnya untuk menarik minat orang mendalami islam kena secara lembut. Bagi kita bila kita berlembut, insyallah orang pun tenang untuk mendekati kita.

No comments:

Post a Comment