Nuffnang

Wednesday, October 20, 2010

KEROPOK LEKOR

Memandangkan kita baru balik dari Terengganu, idea pun masih mencurah-curah untuk bercerita tetang keunikan di sana. Kali ini kita nak bercerita tentang keropok lekor atau cakak oghe gGanu sebuk Kepok Lekor...hehehe

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikanyang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan dalam petiais.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas.

Bagi menambah kelazatannya semasa makan, bolehlah di cicah dengan sos.

2 comments:

  1. ayu pun suka....

    kalau dapat jumpa keropok nie...tamo makan nasi...

    ReplyDelete
  2. salam kak ct. ela pun suka. hehe ..

    ReplyDelete