Ketika artikel ini ditulis, tiga lagi pesakit yang kegagalan fungsi paru-paru masih menanti penderma. Sehari sebelum sidang akhbar mengenai pesakit yang mengalami kegagalan fungsi paru-paru diadakan, negara dikejutkan dengan pemergian ibu muda berusia 25 tahun, Winnie Chen.
Setelah dua tahun dua bulan bertahan menantikan penderma jantung yang sesuai, dia yang bergantung hidup menggunakan jantung besi disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu.
Winnie yang mempunyai seorang anak kecil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut selepas mengalami strok pada 7 Oktober lalu. Dia yang mengalami kerosakan teruk pada otaknya disahkan telah mati otak dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Apa yang menyentuh hati rakyat Malaysia, Winnie memilih untuk mendermakan organnya sebagai wasiat akhir dan hasrat itu turut dihormati keluarganya. Dia sebelum ini sudi mendermakan kornea dan buah pinggangnya,
Berikutan hasrat Winnie untuk menderma organ bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain, keluarganya telah bersetuju dan membenarkan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Hospital Kuala Lumpur yang diketuai Datin Dr. Lela Yasmin menjalankan ujian pengesahan kematian otak ke atasnya. Mereka kemudiannya menjalankan pembedahan untuk memindahkan organ-organ yang ingin didermakan Winnie.
Mengimbas kembali penderitaan Winnie berdepan dengan sakitnya, dia yang mengalami masalah kegagalan jantung sejak 2006 terpaksa membuat keputusan sukar dalam hidup dengan membenarkan pembedahan untuk memasang alat PVAD pada dirinya.
Sejak 1 Ogos 2008, dia mengharapkan ada penderma jantung yang bermurah hati untuk membantu kerana dia ingin hidup seperti wanita normal lain. IJN sudah seperti rumah kedua Winnie. Maka tidak hairanlah ramai yang sedih dengan pemergiannya kerana sikapnya yang ramah dan mudah mesra.
Winnie merupakan pesakit jantung ketiga yang menerima bantuan alat bantuan denyut jantung (PVAD) selepas Mohd. Fikri Nor Azmi dan Tee Hui Yi. Malangnya dia menjadi pengguna PVAD pertama meninggal dunia kerana gagal mencari penderma jantung yang sesuai.
IJN menyanjung tinggi ketabahannya mengharungi hidup menerusi jantung mekanikalnya dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang sanggup menderma organ Winnie kepada orang lain.
Sumber : Utusan
nak derma organ jugak la....
ReplyDeletegadisBunga : Akak pun pernah terniat dlm hati...pastu secara kebetulan akak ke HSA, JB...bertanya serba sedikit...dan baca brosur yg dia bagi...dorang ambil organ kita masa otak kita dh tak berfungsi bermakna kita mmg doktor dh jamin kita nak mati...
ReplyDeleteTerus mcm tkedu jap...hehehe. org yg derma organ ni mmg mulia hati mereka...