Hati mana yang tidak sayu melihat penderitaan wanita muda yang baru sahaja ingin menggapai cita-citanya. Dulu, dia seorang wanita yang ceria, aktif dan ligat. Segala-galanya berubah apabila dia ditakdirkan menghidap kegagalan fungsi paru-paru. Tidak pernah terlintas di fikiran Azaryna Noh, 26, kehidupannya berubah dalam sekelip mata.
Bekas jurutera itu hanya sempat bekerja seminggu di Ismeca Semiconductor Sdn. Bhd sebelum doktor mengesahkan dia mengalami kegagalan fungsi paru-paru. Sambil menitiskan air mata, Azaryna merayu: “Saya minta orang ramai cepatlah menderma paru-paru.’’
Ketika mendengar rintihan gadis itu, keadaan menjadi sepi sebentar. Dia ingin segera sembuh agar dapat memenuhi cita-citanya, bekerja dan membantu keluarga. Hati mana yang tidak remuk apabila hasrat menjalani kehidupan normal dan membalas jasa keluarga selepas mendapat pekerjaan akhirnya ranap. Dia kini terpaksa bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan.
“Pada semester pertama disebuah universiti di New South Wales, Australia, semuanya berkeadaan seperti biasa. Masuk sahaja semester kedua, saya mula berasa semput, cepat penat dan rasa nak pitam. Masa itu, saya masih tidak tahu sehinggalah saya kembali ke Malaysia,” ujar pemegang Sarjana Mikroelektronik dan Mikrosistem itu.
Jika dulu Azaryna bercita-cita menyara keluarga tetapi kini biarpun sudah dewasa, ibu dan ayah terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjaganya yang semakin lemah dari hari ke hari.
Menanti insan mulia :
Perasaan yang sama turut dialami ibu muda, Norliyana Mohd. Nor, 26. Wanita ini amat tertekan kerana dia tidak dapat meluangkan banyak masa bersama anaknya yang baru berusia dua tahun.
“Sudah hampir sembilan bulan saya menunggu penderma organ paru-paru. Saya mohon ada pihak yang sudi menderma kerana saya mahu bersama anak saya yang masih kecil,” ungkapnya sambil menitiskan air mata. Sebagai seorang ibu, tentunya hati Norliyana meronta-ronta agar kesihatan kembali pulih agar dapat meluangkan masa bersama si kecil.
Selanjutnya klik Utusan.
No comments:
Post a Comment