Selain berperanan sebagai pembahagi ruang, kehadiran tirai juga mampu menyerlahkan pintu, tingkap, pintu gelangsar atau dinding yang polos. Sekiranya anda tidak mempunyai bajet besar untuk mendapatkan lukisan dari pelukis terkenal, tirai yang berwarna warni ini mampu memenuhi kehendak anda. Keunikan tirai seberat dua kilogram ini terletak pada pembuatannya. Setiap segmen buluh yang berukuran 5 sentimeter hingga 6 sentimeter kecil, dikait menggunakan dawai untuk mendapatkan kepanjangan yang ditetapkan iaitu 80 sentimeter dan 200 sentimeter. Tirai yang berada di pasaran ketika ini menawarkan dua saiz yang berbeza iaitu 50 x 80 sentimeter dan 90 x 200 sentimeter.
Teknik kait menggunakan dawai member kelebihan kepada produk ini kerana ia sukar melurut atau tertanggal. Jika ada kemungkinan tertanggal, ia dapat di sambung dengan mudah oleh pemiliknya sendiri menggunakan dawai sedia ada, sebarang dawai lain yang bersesuaian serta benang yang sememangnya mudah didapati. Penjagaan tirai juga mudah kerana ia dijamin tahan sehingga 10 tahun lamanya asalkan tidak terdedah kepada cuaca panas dan lembap. Penggunaan cat minyak pada tirai ini juga bertujuan memberikan kesan berkilat. Faktor ini juga membuatkan tirai ini dapat dilihat dari jauh. Ia juga sesuai untuk mewarnai mana-mana sudut dalaman kediaman atau ruangan yang dirasakan hambar.
Sumber : Nona
No comments:
Post a Comment