Assalamualaikum!
Alhamdulilah, Allah masih memberi nikmatNya untuk kita kembali menaip blog berkongsi suka dan duka bersama. Rasanya kali terakhir kita posting entry 16 November 2010. Ya Allah rindunya kita dengan blog tapi kita tak mampu nak on lappy.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kemana kita menghilang agaknya tapi bagi yang terbaca entry kita sebelum jatuh sakit sure boleh agak. Kita ni manusia biasa, adakalanya sihat dan jatuh sakit itu lumrahnya kehidupan.
Dalam suasa umat islam merayakan Aidil Adha dengan sibuk menyiapkan ketupat rendang Allah tarik nikmat kita disubuh hari . Bergegas kita dan incik asben ke Pusat Kesihatan UTM memandangkan semua klinik panel tutup sempena cuti Aidil Adha. Dalam bilik kecemasan menyedut nebulizer dan menerima beberapa jarum suntikan. Hidup perlu di teruskan, kita ada anak-anak, suami, keluarga yang kaya dengan kasih sayang dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.
Acctually kita ni kuat semangat orangnya tapi sekuat mana pun ada kalanya kita akan jatuh rebah. Petang ini kita rasa kuat untuk bangun walaupun badan ini masih rasa mengigil kesan pengambilan ubat-ubatan namun bila kita dah boleh menaip ini pun dah cukup baik.
Namun kita masih meneruskan mengambil ubat-ubatan dan nubelizer di klinik panel atau pusat kesihatan UTM setiap 8 jam sekali tanpa mengira waktu. Kalau ikutkan kita kena duduk hospital tapi kita ambil ubat-ubatan yang doktor dah tetapkan bermakna kita staff nurse dan patient persendirian :)
Hope kita bertambah sihat, kita nak kerja seperti biasa dan dapat posting entry dalam blog kesayangan kita ni. Insyallah, boleh!
No comments:
Post a Comment