Nuffnang

Saturday, November 20, 2010

KEDIAMAN SEEMA NADEEM SENI & ALAM BERSATU

Kondominium ini membiaskan ketenangan dalam sebuah dunia seni yang mencerminkan keperibadian pemiliknya Seema Nadeem, pelukis terkenal. Kombinasi ini menyatukan antara seni dan alam membuatkan sesiapa saha ja melangkah masuk terpaku dengan sandaran elemen kemewahannya. Di antara dedaunan dan bahan seninya, di sinilah Seema dan suami Nadeem Ashfaq menikmati sisi kehidupan mereka di Malaysia.

Saat penulis, Kiffy Razak melangkah ke tempat ini terasa setiap sentuhan dekorasinya memiliki pola perubahan perjalanan panjang yang tiada penghujungnya. Setiap sudut menimbulkan rasa ingin lebih tahu dan kejutan demi kejutan diadun menjadi halus susunannya. Perjalanan dimulakan dengan deretan megah lukisan kanvas yang punya ceriteranya tersendiri. Seni abstrak dengan mainan warna, mengisi setiap ruang dinding. Langkah setapak dari pintu utama, replikareplika seni mula menguasai sudut. Susun aturnya dirancang dengan begitu teliti. Lalu menuju ke ruang yang lebih luas.

Suasana terbuka membawa sinaran dari luar memecah keceriaan kediaman. Terasa diri di sambut dengan penuh kemesraan, sebati bersama personaliti Seema. Disulami dengan latar kehidupan Pakistani heritage dan suasana persekitaran Amerika, dua buah negara di mana Seema dilahirkan dan dibesarkan lalu digandingkan bersama unsur Nusantara bagi merealisasikan sebuah keindahan pada kediamannya seluas 6,000 kaki persegi. Mungkin inilah yang membezakan saat seorang seniman merancang menghiasi kediamannya, punya nilai-nilai estetika tersendiri.

Ia membangunkan aura kediaman ini berdasarkan selembar kanvas lukisan luahan peribadinya. “Ikut kata hati dan memenuhi keselesaan setiap mata yang hadir. Saya selesa dengan pilihan kediaman open concept, they lead you to question and dream, to wonder what’s behind them. Begitulah saat saya menaruh harapan menghiasi setiap ruang di rumah ini. Lantas itu, saya membawa unsur alam seperti air, udara, tanah dan tumbuh-tumbuhan kerana ia begitu melekat dalam kehidupan peribadi. Tambahan pula suasana kesibukan kota, kediaman begini memberi ketenangan jiwa yang semula jadi.”

“Saya sememangnya suka menerima kehadiran tetamu, saya ingin mereka mengecap keseronokan, keselesaan dalam tenang bila berada di kediaman ini. Saya tidak mengambil masa terlalu lama untuk melakukan hiasan dekorasi kerana saya tahu apa yang diinginkan dan menjadi potret pada karakter saya. Sebagaimana anda melihat kediaman ini, begitulah jua personaliti diri saya,” jelas Seema yang sudah menetap hampir lima tahun di sebuah kondominium pinggir kota Kuala Lumpur.

Sumber : Majalah Nona.

3 comments: