Assalamualaikum wbr semua. Apa khabar semua? Eloooo kita bersiaran ya malam ini. Petang tadi kita bukan main cepat slide keluar pejabat, bukan apa ada projek...hehehe. Wah! rasa macam tak caya je kenangan petang tadi. Memanglah perancangan dah dibuat 2-3 hari yang lepas. Alhamdulilah menjadi juga kesana.
Entri ini sekadar nak kongsikan pengalaman semasa kita berjalan-jalan untuk cuci mata menjengok kem kepunyaan sepasang suami isteri hasil cantuman 2 buah negara iaitu Malaysia dan Brunei. Kita bukan mengikuti kem motivasi dan sebagainya :)
Kem Dayang ini bertujuan menempatkan peserta dari pelusuk Malaysia yang ingin menjalankan kem motivasi dan sebagainya di sini. Kem ini tidaklah jauh sangat dengan kem Kaizen gunung Pulai. Bagusnya kem ini penuh dengan dusun buah-buahan terutama sekali pokok durian dan cempedak. So tak menyesal datang kesini waktu musim buah.
Rezeki kita agaknya, penjaga kem ini sudah simpankan kita buah cempedak dan durian. Penuh kereta...huhuhu.
Bagi kita inilah kem yang nampak menyeronokkan, fokusnya kepada alam semulajadi tambah dengan keluasannya yang agak luas. Perghhh! Berbaloi kalau buat motivasi di sini. Nak suggestlah kat pejabat kita buat kem motivasi di sini. Lagi pun tak jauh, dekat dengan rumah kita...huhuhu.
Nak makan buah ada, nak memancing ada, nak mandi manda pun ada, yang tak ada janganlah minta diadakan...hahaha
Walaupun kita hanya sempat meluangkan masa dalam 1.30 jam di sana ianya cukup menghiburkan dengan melihat kehijauan yang cukup mendamaikan di sana.
Insyallah bila ada kesempatan sebelum puasa ini kita nak tido sana sekeluarga, selain merehatkan minda kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup indah ciptaanNya.

No comments:
Post a Comment