Nuffnang

Wednesday, July 20, 2011

TETAP DI HATI KAMI


Selesai sudah kita menunaikan hajat anak-anak untuk mencari penganti Nadim. Walaupun sudah ada pengantinya si Betty dan Brondon, namun disudut hati kita masih ingatkan Nadim yang terlalu baik untuk kami seisi keluarga, apatah lagi menyusahkan. Kemanjaannya saban hari buat kita terhibur. Terima kasih Nadim.

Tiap kali datang rumah adik, kita tak lupa menjengok kubur Nadim yang bernisankan kayu sebatang. Dah 17 hari Nadim pergi meninggalkan kita seisi keluarga dan semoga terubatlah rindu kita dengan kehadiran Betty dan Bron, ini bukan bermakna kami melupakan Nadim. Jauh sekali. Tak ya Nadim, ibu sayang sangat kat Nadim.

Seperti yang semua tahu, Nadim pergi buat selama disebabkan masalah pernafasan. Alangkah indahnya jika Nadim masih hidup dan sihat seperti itu. Di sudut hati kita mencemburui Jebat, Tuah, Dayang, Bobo, dan Sherry kerana masih menjadi kesayangan pemiliknya dihadapan rumah dan bergembira disekelilingnya.

Namun kita kadangkala menyedarkan diri ini dengan beristigfar kerana syaitan sudah mula membisikkan kata2 ditelinga agar kita menjadi insan yang redha pemberiannya.

Terima kasih Nadim hadir dalam hidup ibu walaupun seketika, namun seketika itulah yang menjadi kenangan buat kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment