Nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

4 HARI KURUNG KEKASIH SUAMI

Aduyaiiiii! Kesian2 kena kurung, kena cabut giginya dan paling lawak kena botak tu....hehehe. Malang sungguh! Tak bagusnya bertindak sebegitu, gunalah undang2. Negarakan ada akta untuk mereka yang aksi terlampau.

Tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau tak insaf juga si perempuan tak tahu nak kata, sampai kena botak kepala dan tak pasal2 gigi kena cabut. Esok dah tua2 tengok cermin gigi tak ada ingat kesilapan diri.

Ishhh2 Bahaya tu mana boleh buat orang macam tu. Salah2 weyh! Macam2 perangai manusia ni, asal boleh je. Ini yang dinamakan nafsu segalak. Jom baca beritanya di bawah.


Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.

Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.

Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Sumber : Hmetro


2 comments:

  1. Taman saga?

    taman saya jugak ni... MasyaAllah.. tak tahu plk.. tp taman saga ada banyak lorong dan jalan..

    sampai mcm tu sekali jadinya..

    ReplyDelete
  2. Ena : lain jadinya..tak pasal2 si isteri kena tangkap..mereka berdua gumbira....

    ReplyDelete