Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

AWANG HITAM?

Kesian baca berita ini. Bagi yang mengikuti beritanya dari awal sure tahu kisahnya. Paling sedih, sehingga pernah suatu ketika anak2nya bertanya kemana ibunya. Berhati2lah dalam bertindak sesuatu, kesannya pada diri sendiri kemudian hari. Jom baca kisah wanita ini.

“Rindunya mak, sudah lama mak tunggu saat ini, ” kata Rosna Shariff, wanita yang menjadi keldai dadah dan ditahan di penjara di Peru ketika memeluk tiga anaknya, Mohd Firdaus Zainal, Nor Fadilah dan Mohd Fazley sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Peru, semalam.

Dia yang menangis sebaik melihat anaknya melahirkan kesyukuran kerana dapat menjejakkan kaki ke tanah air semula selepas berada lebih empat tahun di Peru dan ditahan di Penjara Santa Monica selama dua tahun enam bulan sejak 2007 kerana ditangkap membawa dadah jenis kokain seberat lima kilogram.

“Saya sebenarnya malu atas apa yang terjadi, namun perasaan marah terhadap mereka yang menipu dan memerangkap saya lebih empat tahun lalu lebih menebal.

“Mereka sepatutnya diusir dari Malaysia kerana kedatangan ‘Awang Hitam’ (lelaki Afrika) ini kebanyakannya berniat jahat dan menjadi ejen dadah antarabangsa,” katanya.

Rosna disambut Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamaruzzaman dam Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan membantunya memulakan penghidupan baru.

Sumber : Hmetro

3 comments:

  1. Ya I pun baca ni kat ofis semalam. Kesian, kan? Tak pasal pasal kena merengkok bertahun kat luar negara.

    Bahaya betul bila kita kenal dgn orang luar yg ntah hati perut macam kaudu!

    ReplyDelete
  2. azieazah : Betullah...kena beringat sblm kena...pikir2 dahulu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete