Hurmm! Bila dah menjadi menantu orang Muar mestilah bercerita tentang daerah Muar kan. Bagi yang berkunjung ke Muar dan ingin menikmati suasana yang nyaman sambil melihat matahari terbit, Taman Rekreasi Tanjung Mas adalah pilihan yang tepat.
Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai dan yang menjadi tumpuan adalah kedai-kedai makan yang menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Paling best mencuba makanan terkenal Muar iaitu ikan asam pedas yang mables...hihihi
Berdekatan taman rekreasi ini juga disediakan rumah rehat kerajaan yang menawarkan penginapan dalam taman kerajaan untuk pengunjung yang ingin bermalam di Muar.
Selain itu Bandar Tangkak di kenali juga sebagai Bandar Tekstil Malaysia . Pengunjung akan dapati pelbagai jenis kain dan produk berasaskan tekstil dijual di merata tempat seolah-olah tiada penghujungnya. Ini bermakna pengunjung akan dapati terdapat pelbagai pilihan sama ada keluaran tempatan atau luar negara.
Terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dibina lewat tahun 1800an dan awal tahun 1900an. Ini menyebabkan Bandar Muar menjadi tarikan kepada para pelancong yang meminati bidang rekabentuk bangunan.
Namun begitu, Gunung Ledang menjanjikan tarikan alam semulajadi yang cukup indah dan nyaman yang di selangi dengan air terjun yang sejuk serta pelbagai flora dan fauna.
Namun begitu, Gunung Ledang menjanjikan tarikan alam semulajadi yang cukup indah dan nyaman yang di selangi dengan air terjun yang sejuk serta pelbagai flora dan fauna.
No comments:
Post a Comment