Nuffnang

Friday, March 2, 2012

TERUSAN2 YANG MENARIK DAN BERSIH

@ Cambridge, London








Macam mana nak mulakan entri malam nih. Sekadar luahan hati tapi siapalah kita sekadar rakyat biasa di bumi Malaysia ini. Kita bercakap sebab kita nih nature lover, bila ada peluang melihat negara luar, kita dapat melihat tahap kebersihan tempat orang. Allahuakhbar! Rasa kerdilnya diri kita.









Contoh paling mudah negara kita cukup cantik dari segi pemandangannya tapi sayang banyak sungai2 tercemar dan tidak terjaga. Hurmm! Sampah sarap bersepah di sana sini.

Kita cuba membandingkan paling simple longkang2 perumahan kalau di sini nampak keruh airnya tapi ada sesetengah negara contohnya Eropah, jernih macam air pergunungan.








@ Paris, Francis




Mereka menjadikan sungai-sungai sebagai terusan yang terletak di tengah bandaraya di jaga begitu rapi dan bersih sebagai pusat pelancongan yang turun dan pergi untuk melihat keindahan bandaraya mereka. Memang menakjubkan.

Di Malaysia kita dah nampak ada di Melaka dan Kuching tapi tak tahu sejauh mana tahap kebersihannya. Dari hasil pembacaan kita Sungai Serawak kini merupakan sungai paling terbersih di Malaysia. Bagaimana dengan sungai Segget di Johor Bahru? Nampaknya makin di tutup supaya tidak nampak wujudnya sungai ditengah2 bandaraya Johor Bahru.






@ Perumahan, Colindale, London




Ntahlah siapa yang harus di persalahkan dalam hal ini, sikap masayarakat yang tak tahu menjaga kebersihan persekitaran atau pihak yang bertanggungjawab?

Apapun kita perlu mempunyai program yang menyeluruh yang dijalankan sedikit demi sedikit menerusi semua agensi daripada kerajaan tempatan dan kementerian bagi membersihkan sungai kita supaya mewujudkan masyarakat sihat dan isecara tidak langsung merupakan income pada negara.

Harap luahan hati kita ini di baca oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana persekitaran negara ini yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Dulu terkenal juga empangan Mat Saman, sekarang macam mana ya? :)


2 comments:

  1. cantiknya pics!
    tgk tempat org bersih je kan..
    alangkah best kalau sungai dan empangan kt negara kita ni dikekalkan dan dijaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kh...HOPE CAMTULAH NEGARA KITA..BERSIH JE...

      Delete