Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

BUKAN REZEKI KITA

Sejak kebelakangan nih dah tak macam biasa, setiap malam kita capai buku2 bagi persediaan menghadapi  peperiksaan peringkat tadikaku ini....hahaha. Eh! Betullah kita cakap nih, bukan memain,serious yah!




Sekarang nih kalau nak update blog memang perlu mencongak masa terlebih dahulu memandangkan  waktu malam semasa kita dirumah agak terhad. Selepas jam 11.00 malam mata dah nak zzzz. Kita kuatkan juga mengadap bahan2 bacaan.


Yelah untuk mencapai sesuatu kejayaan mestilah 100% sendirian berhad.  Usaha tangga kejayaan Jah, selain mohon pertolongan dengan Allah. Kita percaya usaha yang murni dan niat yang baik  sentiasa diperkenankan oleh Allah hanya bila dan masanya Allah yang tentukan segalanya.  

Sekarang nih kita tengah nak abiskan membaca sebuah buku bertajuk Mewarisi Perjuangan Menjayakan Transformasi Memacu Kegemilangan. Arghhh! Ada 2 buah lagi yang nak kena baca atas penulis yang serupa. Yah! Kita kena kuat, kena membaca dan kena membuat pelbagai persediaan.

Sejak petang lagi rasa sedih pulak, bila menerima perkhabaran kita tak layak, nama kita tak tersenarai. Uwaaaaaaa! Macam nak nangis tapi airmata tak kuar2...huhuhu. Sebak sebab kita dah berusaha yang terbaik.




Banyak kali pujuk hati ini, mungkin ada hikmah yang Allah nak beri pada kita agaknya, tak diberi peluang yang ini mungkin pada yang lebih baik. Mudah2an harap camtulah.

Kita percaya dengan rezeki Allah, dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita, mungkin rezeki kita ada yang lebih baik. dari itu. Insyallah, kita tak menyesal dengan usaha dan doa siang malam. Allah maha mengetahui  dan Allah maha mendengar setiap apa yang hambaNya impikan. Insyallah.



No comments:

Post a Comment