Wah! Sekarang nih tengah musim cuti persekolahan makanya ramai yang sedang bercuti dan tidak kurang juga yang sedang nak merancang perjalanan. Elok juga
luangkan masa sambil jalan-jalan dan menginap di homestay. Kalau di Johor
banyak menawarkan pakej homestay sambil bersantai dengan suasana kampung
dan menyertai aktiviti yang disediakan.
Kali ini saya ingin beri sedikit maklumat mengenai homestay di Pasir Gudang yang terletak di daerah Johor Bahru . Mungkin ramai tidak mengetahui termasuklah diri kita nih, bahawa di sini
ada menyediakan pakej homestay. Homestay Kampung Perigi Acheh, Pasir
Gudang di uruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Antara program atau aktiviti dan tempat menarik yang boleh dilawati ialah :-
- Persembahan Tarian & Muzik Melayu.
- Permainan Tradisional Tempatan.
- Tapak Perkhemahan
- Aktiviti Menyusuri Sg. Kopok.
- Cara Hidup Masyarakat Setempat Dan Rumah Tradisional Melayu.
- Lawatan Ke Makam Panglima Acheh.
- Masakan Tempatan iaitu Masakan “Seafood”, Ketupat dan Lemang.
- Sarang Buaya.
- Kraftangan
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Pasir
Gudang, Jabatan Kemasyarakatan, No telefon 07-2513720 & No Fax
07-2515260 atau emel ke mppg@johor.gov.my
Assalamualaikum,
ReplyDeleteingatkan kat Acheh...itu yg teruja sbb setau saya kat Acheh depa blm tau konsep homestay gini hu hu hu
anyss : Hahaha...kira ttipuz jugklah nih...acheh Johor nih..hi3
Delete