Selamat malam semua, kita bersiaran malam ini menaip entri sambil mengenakan masker dimuka. Alahai tegangnya muka nih ko Jah, tanpa bercakap langsung...hihihi
Kali ini kita nak sambung percutian minggu lepas sewaktu di Batu Layar. Kita menginap di Batu Layar Beach Resort. Wah! Ramai sungguh pengunjung resort ini bila hari semakin petang.
Hari Sabtu yang lepas, kita dapat luangkan masa bersama
keluarga dengan membawa anak-anak bermalam di Pantai Batu
Layar. Rasanya dah kurun keberapa kita tak menjejakkan kaki kesana.
Keadaan pantai Batu Layar lebih selamat kerana keadaan pantainya yang
landai dan arus yang tak berapa kuat jika dibandingkan dengan pantai
di Tanjung Balau. Setiap tahun ada saja laporan kejadian mati lemas di
pantai Tanjung Balau. Alahai tu yang malas nak dengar berita2 camtu.
Sesiapa yang bercadang hendak bermalam di Batu Layar bolehlah menginap
di Batu Layar Resort dengan harga yang amat berpatutan.
Dinasihatkan
agarm membawa bekalan makanan yang secukupnya kerana di sana hanya punya satu kedai
makan dan runcit yang terletak di resort ini. Harga pun berpatutan kalau dari segi makanan dan barang runcit. Kalau nak keluar pekan paling hampir ialah
di Bandar Penawar kira-kira 15 KM jauhnya.
Kalau mengikut perancangan awal kita sudah buat tempahan bilik Standard tapi bila sampai di sana secara kebetulan bilik Deluxe belum ada yang menempah so kita tukar saat akhir.
Memandangkan bilik Deluxe mengadap pantai, lebih besar dan selesaitu yang buat kita rasa teruja sangat untuk menginap di bilik Deluxe. Jangkamasa 2H1M kami dikenakan caj bayaran RM170.00 dan berbaloilah untuk kami seisi keluarga.
Bagi yang berminat bolehlah hubungi Batu Layar Beach Resort 607 8222044 untuk sebarang tempahan.
No comments:
Post a Comment