Salam uols kita bersiaran kembali..
Sambung balik sesi pelancongan dan jalan-jalan hujung minggu, harap2 korang tak terliur sebelum baca entri kali ini. Owh! Masih terasa lagi kelazatannya. Blekk!
Mengulangi sejarah akhir tahun 2011 ketika itu bersama rakan2 opismate makan di Restoran Haji Daud yang terletak betul2 di bandar Kota Tinggi.
Kali ini secara kebetulan sebelum menghala ke Batu Layar kita singgah dahulu di bandar Kota Tinggi untuk ke Restoran Haji Daud atau lebih dikenali RHD.
Restoran Haji Daud @ RHD
Restoran Haji Daud, nama yang tak asing lagi di bandar Kota Tinggi, berhadapan dengan simpang traffik light dan stesen minyak Caltex. Cukup senang nak
cari, susah2 google map je...hihihi
Kebiasaannya restoran ini sangat penuh dengan pengunjung menjelang waktu makan tengahari, punyalah ramai manusia dari Malaysia dan Singapura. Memang tak syak lagi, memang sedap! Rasanya fuhh! Boleh buat kita teringat2 selalu.
Belangkas Masak Lemak Cili Padi
Actually
kita boleh berhenti dimana2 destinasi yang diingini bagi mengisi perut
tapi bila ingat makanan yang disediakan di Restoran Haji Daud, alahai
terliurnya...hihihi.
Kelebihan
Restoran Haji Daud terkenal dengan masakan eksotiknya seperti
belangkas, siput sedut, siput gonggong, siput buluh, udang galah, ketam, kepah, kupang, ikan
air tawar dan pelbagai jenis ulam-ulaman.
Udang Goreng Tepung
Nasi, Udang Goreng , Belangkas, Jantung Pisang, Pengaga dan Sambal Belacan
Kita dan anak2 memilih untuk makan belangkas dan siput sedut masak lemak cili padi beserta ulam-ulaman manakala incik asben hanya makan nasi ambeng, alasannya dia dah puas makan makanan eksotik sewaktu kecil dahulu sewaktu di kampung....hihihi
Bagi kita bukan mudah nak dapat makanan sebegini kecuali kalau kesini atas tujuan tertentu. Hah! Nak cite sikit kita makan belangkas masa lemak cili padi you..hikhikhik. Itu dia hasilnya, masak lemak cili api belangkas dengan daun
selasih. Fuhh! Terangkat cakap ko, takde bau hamis.
Walaupun rasa
belangkas ni agak tawar tapi lepas dimasak
sedemikian rupa ada rasa lemak-lemak gitu. Hakikatnya peranan penting
masakan belangkas ni adalah telur dia. Itulah punca kesedapan masakan
ni. Bagi yang ingin merasa keenakkan belangkas pastikan korek betul2 cengkerang belangkas tuh didalamnya ada telur kerana apa belangkas ni takde daging. Tak ambik
telur alamat korang hisap cengkerang la jawapnya....hahaha
Bayangkan korang makan predator...hahaha
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Satu lagi kegemaran kita yang dah lama sangat tak makan, dah lama tak masak benda alah nih...hahaha. Jadinya kita tak lepaskan peluang meratah siput sedut masak lemak cili api. Bila toleh kiri kanan semua pengunjung serupa macam kita jugak. Hasilnya cukup, nyum, nyum...huhuhu. Macam orang mengidam dapat apa
yang dia nak....hahaha. Dalam rasa kepedesan masak lemak cili padi still nak teruskan makan. Sedap you!
Akhir sekali sebelum meninggalkan Restoran Haji Daud dengan rasa kenyang dan berpuashati dengan servisnya hanya dikenakan bayaran RM47.80. Tak mahallah bagi kita untuk 4 orang makan. Insyallah kalau ada kesempatan kita nak kesana lagi merasa keenakkan makanan eksotik.
Kita tak pandai makan siput seduk, akak ct. Sedut sedut tak lepas .. last-last siput tu jd mangsa ella baling. hehehe.
ReplyDeleteKC : Mkn siput kena penuh phayatan bersama iramanya sot..sot...sot baru ada feel...hahaha
ReplyDelete