Nuffnang

Friday, July 27, 2012

Hargai Nikmat Allah

Alhamdulilah!

Bersua kembali entri kali ini yang lebih bersifat motivasi diri. Kita bukan ilmuan hebat tapi sekadar ingat-mengingati di mukabumi ini. Kadang-kadang kita semua lupa dengan nikmat yang Allah pinjamkan untuk seketika di bumi ini.  

Bayangkanlah sekiranya seseorang itu sentiasa mengejar keseronokkan dunia, berpoya2 ke sana sini lupa tanggungjawabnya pada keluarga dan Allah. Apalah ertinya hidup dengan usaha penat lelah yang dicari kepada kehidupannya? Segala nikmat yang ada menjadikan dia tidak tenteram. Kenapa?




Justeru itu, Nabi saw mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud: “Dua nikmat di mana ramai orang yang terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa.” – Hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas bukan kita memandai hokeh!



Sesungguhnya setiap nikmat yang dikurniakan Allah Taala kepada kita adalah untuk disyukuri. Ia bukanlah suatu kelebihan dan kemuliaan, malah sebagai cubaan dan ujian. Justeru ia tidak menjadi ukuran di sisi Allah Taala. Bahkan yang menjadi ukuran Allah ialah keimanan dan ketakwaan seseorang.

Mensyukuri nikmat itu adalah dengan cara mempergunakan dalam mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. 


Oleh yang demikian, kita sebagai orang Islam tidak seharusnya membiarkan masa dan kesihatan yang dimiliki ini berlalu begitu saja, tanpa sebarang aktiviti ibadah kepada Allah, baik secara individu, keluarga, masyarakat dan negara.


Kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayahNya dalam mensyukuri segala nikmatNya yang melimpah ruah dan melindungi kita semua daripada segala perkara yang boleh melalaikan kita daripadaNya. Jauhilah laranganNya!



2 comments: