Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Opsss! Nanti Pegi Bazar Ramadhan Jangan Seksi2 Eh!

Alhamdulilah!

Selamat berpuasa semua dan moga dapat menjalankan ibadah terawih dengan sempurna. Kalau tak dapat lakukan di surau atau masjid lakukanlah di rumah mengikut kemampuan masing2. Ambil masa 10 minit untuk menulis entri sebelum masuk tido....hihihi. Sempat mak nak menulis ya...kuikuikui






Tadi sebelum keluar pegi bazar Ramadhan mencari kuih jam 6.00ptg sempat kita melayari facebook, ada satu status hamba Allah seorang lelaki tuh tulis camnih " Nanti pegi Bazar Ramadhan jangan pakai seksi2, kurang pahala puasa aku ". Kita dengan anak dara bantai gelak beso, mamat nih tulis macam peluru berpandu. Dussssz! Siapa yang terbaca atau terasa hati memang berpinar2 terkena panahan peluru mamat nih.






Dalam dia menulis sebegitu ada kebenaran mesej yang nak disampaikan pada umum. Sekurang2nya dia saling ingat mengingati. Dalam kereta kita dengan anak dara gelak lagi pasal mesej yang ditulis oleh mamat peluru tuh...hahaha

Kita ke bazar sekadar beli kuih sahaja terus ke Petronas untuk mengisi minyak. Baru nak keluar parking, molet2 je ada 2 orang perempuan dalam usia 20an dan 30an pakai hot pant dan tshirt tanpa lengan. Tak boleh cakap apa2, kang cakap sia2 puasa. Tengok sekali lalu dalam hati berkata moga satu hari ada hijrah untuk mereka.







Bagi kita sebagai orang Islam kita jangan kutuk2 orang sebegini, doakan mereka mudah2an ada pintu jalan kebaikan untuk mereka. Ceh! Dah macam ustazah pulak mak nak...hahaha

Chow! Good nite...:)



4 comments:

  1. He he terbaca post ni dari link Yan' Family, mmg kelakar...tapi its reality, masa awal puasa hari tu, si suami tiba sebut, tahun ni abg x nak gi bazaar ramadhan, nanti hilang pahala, nampak yg seksi-seksa.., Alah! kata saya, yg pegi tgk sapa suruh, terpandang sekali, tapi jgn tgk berkali-kali... :) he he

    ReplyDelete
  2. ell8019_rozi ...hihihi lawakkan mamat tuh...abis tu dah ter..ter...mesti nk pandang kali ke 2 kan...hahaha

    ReplyDelete
  3. moga diorang berubah... doakan je yg baik2 :)

    ReplyDelete
  4. [k]o{q}i[n] : Insyallah...betul tuh.

    ReplyDelete