Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Library Of Dream

Alhamdulilah!

Bersua kembali dengan entri yang berbentuk ilmiah. Sesekali mak nak cite pasal tempat orang, bukan nak ngumpat tapi kita patut mengambil contoh tempat2 yang menarik terdapat di Malaysia.








Cuba mengimbau kembali bulan April 2012 semasa di Shah Alam, sekadar memandang dari jauh bangunan Perpustakaan Awam selangor atau lebih dikenali PAS yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam. 





Dari pandangan kita PAS memang sebuah library yang super duper the best terbaik sepanjang kita dah keluar masuk library termasuk luar negara. 






Tak percaya, try lah pergi Perpustakaan Awam Selangor yang baru kat Seksyen 13, Shah Alam tu. Pergi sekali, pasti nak pergi lagi berkali-kali. Kita rajin buat searching dalam internet baca tentang PAS.






Mungkin dari segi servis kita tak tahu lagi macam mana tapi nampak invironment dan infrastruktur bangunan memang gah di mata pengunjung yang datang.







Bagusnya dalam library nih ada bilik teknologi canggih 6D yang lagi power dari 3D or 4D tuH. Kalah tuh USS...hihihi. Bayaran masuk RM 10.00. Kita dengar memang terbaik. Wow!








Bagi yang nak ke PAS, lokasinya nun jauh masuk ke dalam. Terletak bersebelahan dengan kelab golf. Dekat dengan Stadium Shah Alam dan Kolej PTPL Shah Alam. Kalau ronda2 boleh jumpa kot.






Library ni ada 5 tingkat. Kita kena tanggalkan kasut dan letak dalam beg yang disediakan kalau kita nak masuk ke setiap bahagian dalam library tu. Jadi, setiap tingkat akan disediakan beg...hihihi.






Bagi mereka yang membawa anak-anak, Zon Kreatif di aras G amat sesuai untuk membuatkan anak leka di bahagian ini. Tak sempat masuk ke bahagian ini, hanya sempat tinjau dari luar sahaja sebab misi utama adalah untuk ke tingkat atas mencari buku rujukan. Insyaallah, jika ada masa nanti, nak bawa isteri dan anak-anak ke sini pula.






Kemudahan-kemudahan asas seperti Eskalator disediakan di setiap tingkat, memudahkan pergerakan semua pengunjung, gym, ruang pejalan kaki di bahagian belakang perpustakaan, memudahkan para pengunjung untuk ke tempat meletak motosikal & kereta dan banyak lagi.  Bilalah agaknya tempat kita nak bertukar camni? hukhukhuk

Nak tahu lebih lanjut lagi trylah ke sana atau melayari PAS :)


2 comments:

  1. i tak berkesempatan lagi nak pegi.. anak2 je yg dah pernah pegi ..

    ReplyDelete
  2. Azian Elias...nnt leh pegi...mmg cantik PAS

    ReplyDelete