Alhamdulilah!
Kali nih mak nak kongsi apa yang mak baca tentang soaljawab dari suratkhabar online. Perkara baik memang patut dikongsi bersama lainlah perkara2 yang tak elok atau menyakitkan hati orang lain. Iya tak? Hurmm...:)
Kita percaya ramai yang kurang arif perkara2 sebegini, kadang2 tuh bukan tak tahu tapi terlupa atau pun saje2 wat lupa...hihihi.
Soalannya :
Saya inginkan kepastian tempoh sebenar bagi qada puasa kerana ada
pendapat menyatakan wajib diganti sebelum masuk tahun baru hijrah (bulan
Muharam). Jika dilakukan selepas Muharam wajib membayar fidyah puasa. Ada pula
pendapat menyatakan wajib diganti sebelum tiba Ramadan seterusnya jika
tidak, wajib membayar fidyah.
Saya berpegang kepada pendapat kedua sebagaimana yang pernah
dipelajari dan difahami. Bagaimana dengan puasa ganti yang saya lakukan
selama ini?
Jawapannya :
Denda membayar fidyah hanya dikenakan kepada orang yang
melengah-lengahkan qada puasa wajib tanpa ada keuzuran sehingga masuk
bulan Ramadan pada tahun berikutnya.
Tidak benar pendapat menyatakan wajib digantikan sebelum masuk tahun
baru hijrah (bulan Muharam) dan jika dilakukan selepas Muharam wajib
membayar fidyah puasa.
Islam menyediakan asas agama yang mudah dan jangan menyusahkan amalan dengan pendapat sedemikian.
No comments:
Post a Comment