Nuffnang

Monday, July 23, 2012

Pesawat Kita Naik Melantun-Lantun Di Udara

Alhamdulilah! Bersua kembali buat readers kita yang tidak jemu2 menjengok blog tak seberapa ini. Salam Ramadhan untuk semua.

Pesawat yang kita naiki di KLIA menuju Heathrow akan berlepas bila2 masa saja lagi, anak2 kapal yang hensem dan cun melecun sibuk mengarahkan penumpang pesawat memasang belt keselamatan.

Rasa teruja untuk kebumi Eropah lagi bersama 5-6 orang rakan opismate. Kami duduk berasingan, kita duduk sebelah tingkap dan bersebelahan minah salih yang secara kebetulan bercuti di Malaysia.


Kredit to incik Google


Perlahan2 pesawat mulai bergerak menuju garisan, dalam beberapa minit pesawat yang kita naiki  cuba meluncur keudara dan kedudukan semua penumpang dalam posisi mendongak.

Tiba2 pesawat yang kami naik melantun-lantun di udara, keadaan menjadi cemas dan jeritan suara penumpang dan anak kapal. Keadaan memang tak terkawal. Pesawat melantun2 di udara dalam keadaan menjunam kebawah dan ke atas. Hanya Allah tempat kita berserah.

Tiba2 satu bunyi dentuman yang sangat kuat dan di ikuti asap di bahagian hadapan pesawat. Penumpang berpusu2 keluar untuk menyelamatkan diri termasuk kita, di takuti pesawat meletup pada bila2 masa.

Aduyai! Dalam keadaan kelamkabut sempat kita menarik bagasi pakaian yang cumil berwarna pink (tak agak2 warna pink ko) untuk di selamatkan. Anak2 kapal cuba menghalang perbuatan kita kerana menyesakkan keadaan. Terdengar juga suara2 kecil dari penumpang lain yang memarahi kita kerana membawa bagasi kerana menyusahkan pergerakan mereka yang berhimpit2.

Kita pun turun melalui laluan gelongsor sambil memeluk bagasi pink. Perghhh! Cun cik Som...hehehe. Alhamdulilah walaupun tergolek2, beg pink pojaan hati yang tetap dalam pelukan. Kita berlari dengan rasa panik sampil mengepit bagasi pink yang cumil. Bila dah rasa diri selamat kita pandang pesawat yang membawa kita tadi. Ya Allah muncung pesawat dah kemek kerana melanggar tembok.

Atas bantuan kakitangan staf airport kami di bawa ke terminal, segala urusan selesai dan penerbangan kami di tunda keesokkannya. Kawan-kawan kita yang pergi sama sorang pun tak kelihatan. Oleh kerana kepenatan yang amat sangat kita tertido di airport bertemankan bagasi pinkku yang cumil....hihihi

Keesokkan paginya bila terjaga dari tido, kelihatan kawan-kawan kita dah berkumpul dengan pakaian yang sudah berganti. Mereka menginap di hotel, kita masih mengenakan pakaian semalam yang bercorak jalur2...hahaha. Tak agak2 jalur2 u! hikhikhik

Memandangkan masa berangkat tinggal lagi 1 jam, kita dengan baju corak jalur2 tidak berganti terus masuk dalam balai berlepas untuk menunggu berlepas dalam bila2 masa.

Tiba2 incik asben kita kejut " Bu! Bangun dah pukul 6.00pg, nak keja tak? " Aduyai! Kita bermimpi tadi sampaikan terbawa ke alam mimpi gara2 membaca artikel dalam Utusan online, artikel bertajuk Ganti Pesawat Mas, Lebih Kompetitif.



4 comments:

  1. hehheee.. ingatkan betol td.. hehe.. terkezut chek :D

    ReplyDelete
  2. Raihan...pekabo? hehehehe...

    ReplyDelete
  3. hihihi..akk nie,,sy igtkn btol..

    ReplyDelete
  4. Pandan...hahaha..mimpi tuh smpi rasa penat blari dik...:)

    ReplyDelete