Alhamdulilah!
Bersua kembali entri hari pertama berpuasa bagi tahun 2012. Selamat berpuasa semua, ada yang tak berpuasa ke? hihihi. Soalan cepu emas yang tak sepatutnya di tanya, lainlah pembaca blog ini kanak2 ribena...huhuhu
Memaparkan sekadar gambar2 pensil warna sebagai simbolik warna kehidupan. Cantik tak? Paksa, mintak dipuji...hihihi. Malu i ! hahaha
Kita sekadar muhasabah diri sendiri. Mungkin juga merenung diri sendiri, suami dan anak2. Yah! Tentang kehidupan dunia. Dunia yang cuma sementara cuma. Yang hidup kita
hanyalah mengikut jam waktu yang masih ada.
Entah berapa lama lagi waktu
yang terselit untuk terus bernyawa. Siapa kata, esok hari masih
menjamin ada buat kita. Adakah masih ada kesempatan, segalanya bukan ketentuan dalam tangan kita.
Mahu
menitiskan airmata kalau dikenang kembali waktu tersisa yang pernah
terluang
begitu saja. Bila ada yang membuat denganNya terasa diri ini berdosa
membiarkan mereka2 lalai dengan laranganNya. Sudah penuhkah waktu ini diisi
sebagaimana suruhan Tuhan?
Malu! Hidup menumpang dibumi Tuhan, tapi diri lalai entah ke
mana. Bukan itu saja, Tuhan juga yang telah beri segala. Syukur!
Terlalu
amat sikit saja merasa, malah meminta mahu lebih semua. Kadang kala,
mengejar duniawi sehingga melupakan akhirat
yang abadi selamanya.
Dunia ini hanya semi sementara. Indahnya kadang kerana kehidupan adalah ujian. Tuhan jangan letakkan dunia dalam hatiku, ibubapaku, anak2ku, suamiku, adik beradikku, anak2 buahku dan sahabat2ku.
Moga Ramadhan kali ini memberi sejuta kebaikan untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment