Nuffnang

Friday, August 3, 2012

Cara Diet Rasulullah

Alhamdulilah!

Bersua kembali di entri kali ini, kali ini lebih kepada isu diet...huahuahua. Pandainya nak ngajo orang diet kunun. Sendiri? kuikuikui. Malunya....blekkk!

Teruja sebenarnya bila buat respon untuk apply kursus diet Rasullulah. Jadinya sediakan payung sebelum hujan. Ceh! Bacalah dari mana-mana info yang sepatutnya. Excited kekununnya :)

Jadinya kalau dah membaca kenalah share dengan kawan-kawan. Ilmu yang baikkan, bukan nak share suamikan? lalalala :) 










Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia. Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW. Subhanallah!

Kita patut mencuba mengikut apa yang diteladani oleh Rasulullah s.a.w tapi kadang-kadang terbabas, buat ntah apa-apa jek....hahaha. Yelah, kita manusia biasa, nampak makanan banyak atas meja makan atau meja buffet terus terlupa apa yang disarankan.



 okehh!







Orang macam kita memang wajib berdiet. Puiiii! Loya baca statement ku ini...huhuhu. dengan apa yang aku cakap nih. Kita pun macam manusia lain juga. Makan adalah hobi paling menikmatkan selain daripada tidur. Kalau pergi mana-mana, kalau tak makan mesti tak sah. Itu habit kita, kalau tanya incik asben kita lagilah. Keluar wajib ngeteh...hihihi. Kalau tanya Malaysian people mesti jawapannya...hihihi. Owh, Malaysia is a heaven of food! Dari kecil kita dah diajar makan nasi. So, takkan dah besar begini nak tolak nasikan?

Aduyaiii! Kita pun macam orang lain juga. Kira kalorie tu kira juga cuma untuk info tapi hakikatnya kadang-kadang terbabas juga. Sental lauk bagai nak rak especially yang depan mata. Fuhhh... nafsu makanselera manjang...kihkihkih









Ok la, straight to the point. Mari kita tengok apa diet yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w kita yang patut dicontohi. Yelah, ada yang dah pernah dapat info ni but apa salahnya kita share sekali lagi bersama-sama sebagai memperingati antara satu sama lainkan. Korang ikut cara diet Rasullulah bukan cara kita yah...huhuhu

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging. Kalau kita makan serentak, tubuh kita akan keliru untuk memproses mana satu yang dahulu. Untuk menghadamkan susu, usus kita kena keluarkan asid hidroklorik yang kuat, tetapi asid ini akan memusnahkan daging. Tetapi kalau usus kita keluarkan asid yang lemah untuk menghadamkan daging, susu yang ada tidak dapat diproses dan terpaksa menunggu lama, dan  hal ini akan menjadikan susu menjadi tapai dan bertoksik untuk badan kita. Jadi memang tidak elok untuk badan kita.

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak.

Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.

Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.







Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antaranya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Berikut merupakan beberapa etika pemakanan Rasulullah.

Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia (kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan) dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. 


Dalam Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas. 


Moga entri nih secara tak langsung mengingatkan kita semua supaya sentiasa berhemah dalam memilih makanan. Tak boleh main hentam saja. Yelah, tambah lagi sekarang buffet Ramadhan sana sini. Tak lama lagi pula jamuan hari raya tak sudah-sudah. Siaplah wahai badan bagai dipam-pam...hahaha

No comments:

Post a Comment