Nuffnang

Thursday, August 2, 2012

Incik & Puan Google Menyertai Olimpik

Alhamdulilah!

Detik yang dinanti-nanti, semangat cintakan negara yang membuak-buak apabila melihat atlet negara berjalan megah dalam perarakan pembukaan Olimpik 2012.

Walaupun sepanjang minggu lepas, macam-macam berita tanahair yang berlaku pembukaan Sukan Olimpik 2012 tetap berlaku di kota London.




London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas tahun 1908 dan 1948.  Negara pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali.

Malaysia menghantar 30 atlet  yang mengambil bahagian di dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, lawan pedang, belayar, menembak dan berenang.




Tumpuan sudah semestinya kepada penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang sarat mengandung lapan bulan. Wah! Sungguh bagus ibu preggy nih. Good Luck Mommy! Beliau satu-satunya penembak negara yang layak ke Olimpik 2012 secara merit.

Moga atlet kita mencapai kejayaan yang membanggakan di sana. Dalam sibuk orang menyertai Olimpik korang perasan tak? Alahai comelnya kita peratikan incik dan puan Google pun turut serta dalam sukan Olimpik. Tengok tuh si suami beraksi dalam gimrama manakala si isteri hayun kayu hoki...hahaha. Tak agak-agak nak jugak..hihihi

Mari meng Google dan yang ingin mendapatkan berita semasa Olimpik klik sini Olimpik2012.



No comments:

Post a Comment