Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Menjejak Lailatul Qadar

Assalamualaikum.

Alhamdulilah masih di ambang Ramadhan. Setiap kali incik asben menyebut 'Bu, ayah nak tunggu 10 hari akhir Ramadhan'. Setiap kali dia sebut hati kita tersentuh. Bukan apa, sebagai isteri perkara yang baik patut kita sokong demi jalan kebaikan. Belum tentu dan belum pasti Ramadhan 2013 kita semua dapat merasainya, ajal dan maut ketentuan Allah. 




Lailatul Qadar pastinya tidak boleh dipisahkan. Maka dengan inilah  umat islam yang cintanya pada Allah SWT berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat malam seribu bulan ini. Harap2 kita pun begitu juga, cuma orang perempuan nih ada aralnya...huhuhu



                        


Dari zaman kanak2 Ribena, sekolah rendah lagi sering sahaja orang bercerita tentang malam Lailatul Qadar ini. Di mana pada malam itu beribu-ribu malaikat turun ke Bumi untuk membawa doa-doa muslimim yang beribadah kepada-Nya. Dan pada ketika itu, pahala berlipat-kali ganda akan diberikan kepada mereka-mereka yang bertuah ini.




Tidak dapat  dibayangkan, bagaimana Ramadhan itu sendiri juga memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan pada malam kemuncak itu pahala berkali-kali ganda lagi dariNya. Sesungguhnya Allah SWT memang Maha Pemurah dan Maha Pengasih kepada hamba-hambanya. Alhamdulillah!





Tanda-tanda yang kedengaran bagaimana suasana malam lailatul qadar itu. Mungkin benar dan mungkin hanya perasaan masing-masing. Apa yang pasti, mereka yang beribadat pada malam itu tetap mendapat ganjaran dari Allah SWT. Subhanallah!

Malam Lailatul Qadar pada 20 terakhir Ramadhan? Hmmm, persoalannya di sini, perlukah kita menunggu 20 hari terakhir untuk berusaha melakukan ibadah, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Akhir kata, marilah kita sama2 mencari malam tersebut, moga-moga kita mendapat rahmat dariNya.



No comments:

Post a Comment