Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Tatapan Ibubapa Semua

Alhamdulilah, Syukur Allah temukan tulisan ini di facebook malam ini yang ditulis oleh Prof Muhaya untuk tatapan umum.
Kita sekadar menyampaikan kepada mereka2 yang tidak terjumpa artikel ini. Pendek tapi cukup bernilai untuk kita semua, lebih2 lagi insan yang bergelar ibubapa.
 


Mungkin kita tak mampu lagi jadi ibu yang terbaik untuk anak2 namun jauh disudut hati mengharap syurga untuk anak2, moga kasih sayang Allah masih ada untuk kita semua. 
Artikel yang kita petik dari tulisan beliau cukup berkesan dihati. Mari kita sama2 menghayati di bawah ini.
 


Malam ini sebelum tidur cuba renung anak anak kita. Kemana mereka pergi bila dibangkitkan di padang mahsyar nanti. Apakah kita akan bersama menuju syurga atau sebaliknya. Jika kita mencari Allah kita akan dapat segalanya di dunia ini. 
 
 
Jika kita mencari dunia mungkin kita akan hilang Allah di hati kita. Harus ada waktu kita menyendiri dan refleksi diri. Gunakan ramadhan ini untuk tahu jika kita ada tuhan lain selain Allah.
Jom kenal diri dan ubah kearah menghambakan diri pada Allah dalam setiap aktiviti. Sesiapa yang sungguh-sungguh kearah Allah, Allah akan mudahkan kita terbimbing. Niat untuk jadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
 
 
Dah baca artikel di atas? Terharukan! Sekadar nasihat dari kita yang tidak seberapa ini, ingatlah semua, apabila hati dekat dengan Allah semua akan berubah. Fikiran, emosi, dan tindakan akan berubah. Ubah dunia dalaman dengan mencari redha Allah. Kita takut mendekati larangan Allah. Ingatlah, ibubapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

  1. perkara itulah yg sering ALin fikirkan sejak bulan puasa ni...insyaallah akan cuba yg terbaik buat anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alin Marlini : Sama2lah kita semua membentuk anak2 ke jalan Allah..

      Delete