Alhamdulilah!
Besua kembali di malam ini sebelum masuk tido dengan cerita masakan yang tak seberapa ini. Bolehlah juga berkongsi bab masak2 nih tapi tahap kita punya masakan ya. Aduyaiii malunya, idok pandai mak masak nak oiii...kekeke
Kali ini kita nak berkongsi satu resepi tentang nasi, lebih2 lagi ibu2 yang punya anak kecil supaya ada selera untuk makan nasi.
Hah! Ibubapa tengok je anak2 makan, syyyy jangan makan nasi banyak nanti domok! hahaha. Pandainya kita ngajo...huhuhu
Kali ini kita nak berkongsi resepi tentang nasi kismis. Sedap ke nasi kismis? Belum cuba rasa, kenalah cuba memasak untuk ahli keluarga...hihihi
Alahai tak susah mana pun nak masak nasi kismis nih. Sepatah kawan kita cakap, orang buta pun boleh buat. Orang buta juga yang kena...huhuhu
Selalunya bila dah masak nasi kismis lauk yang sesuai masaklah ayam masak merah, kari ayam, kari ikan, acar timun, dan macam2lah apa yang dirasakan sesuai.
Kita kongsi resepinya di bawah.
Nasi Kismis
Bahan-bahan :
3 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
Bunga lawang dan kayu manis
Beras 3 cawan (Elok guna beras wangi)
Kismis
Minyak untuk menumis (Guna minyak zaiton @ kelapa sawit)
Air
Garam
Cara-caranya :
Basuh beras dan masak seperti biasa. Tumiskan bunga lawang, kayu manis, bawang putih, merah d an halia. Bila nampak hampir kekuningan curahkan kedalam periuk nasi tadi. Bubuh sedikit garam.
Bila nasi hampir masak taburkan kismis dan gaul perlahan-lahan sehingga rata. Bila nasi dah masak semasa menghidang taburkan bawang goreng dan daun sup.
Mudahkan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment