Elooooo dan salam sayang untuk semua pembaca blog saya. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog ini. Bajet retis...hahaha
Firstly marilah kita semua sama2 sedekahkah Al Fatihah buat isteri blogger Abil iaitu Fauziah@ Gee moga allahyarhamah
ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sebak
tiba-tiba bila terbaca dalam wall facebook bila terbaca berita kematian
isteri Abil. Saya mula mengenali Abil bila dia beberapa kali ada
memberi komen dalam entri2 saya yang lepas.Saya dan anak perempuan
selalu bercerita tentang kehebatan insan yang bergelar suami yang begitu
tabah menghadapi isteri yang terlantar sakit. Subhnallah cekal, sabar
dan tabahnya insan bernama Abil ini dalam memenuhi tuntutan
tanggungjawab dan amanah Allah dan dipermudahkan dalam menghadapi dugaan
yang diberi padanya. Kagum! Mudah2an pengakhiran hidup saya nanti ada
insan yang sanggup melaluinya...
Kematian
itu pasti, hidup insyallah. Benar dan saya sedar hakikat itu, moga
Allah berikan pengakhiran yang baik. Mudah2an Ya Allah kau jadikanlah
pengakhiran bukan suatu beban kepada manusia lain di
sekeliling saya. Amin!
Berita
pasangan ini pernah juga di kongsikan dalam Sinar Harian, pengorbanan
Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga
isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan
turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai
''Cinta Murni sebenar'' bukannya cinta pura2 hokeh....huhuhu. Abil
Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan
berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui
tentang keadaan isterinya itu.
Hurmm...Saya percaya memang ada lelaki yang sebaik Abil dia sanggup dalam menghadapi sakit pening keluarga tanpa isteri perlu meminta2 di hantar keklinik dan sebagainya automatik suami sudah tahu tanggungjawabnya. Inilah suami yang sangat mustahil untuk ditemui bagi saya tapi bila sudah mengikuti perkembangannya dari hari ke hari kepercayaan itu wujud dalam diri ini.
Percayalah bahawa perjalanan hidup ini cukup singkat, jangan sesekali melanggar larangan Allah, mendabik dada dan paling utama jangan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana Allah tidak redha dengan perjalanan hidup kita. Pelbagai bentuk Allah tarik nikmat hidup kita.
Ingatlah, perjalanan hidup di dunia ini
bersifat sementara dan hanya akan menjadi kenangan. Sediakanlah bekalan secukupnya di sepanjang jalan pulang yang kekal abadi.
Fikir-fikirkanlah sudahkah suami bekerja keras untuk memberi nafkah dan kebahagiaan kepada keluarga? Sudahkan suami membekalkan ilmu agama kepada isteri dan anak-anak?
Wahai para suami contohi saudara Abil, baginya dunia ini sebagai
tempat bercucuk tanam kemudian hasilnya akan dikecapi di Akhirat nanti, tidak perlu kita hidup dalam kepura-puraan dan sentiasa bercakap bohong. Masyarakat dan Allah boleh menilai tingkah dan perilaku kita setiap hari.
al fatihah..
ReplyDeleteTq Dya masuk sini...
DeleteAl Fatihah
ReplyDeleteTq Acik Erna masuk sini...
ReplyDeleteapa lagi yg perlu dibuktikan andai kesetiaan hingga ke akhir hayat......kisah saudara abil hampir serupa dgn kisah saya yang menjaga suami ketika sakit...selama dua tahun akhirnya beliau kembali ke pangkuan Illahi di pangkuan saya.....
ReplyDeleteAlhamdulilah Asneeza Abu Bakar awk org yg hebat bg saya..setia hingga kehujung nyawa...ini kadangkala isteri masih wujud depat mata, main perempuan dan buat maksiat. Malah berbangga2 pulak tuh..
ReplyDeleteaku rasa aku ingin menjadi seperti gee tetapi biarlah dapat suami seperti abil. Terasa kasih sayang dan sentuhan suami yang menjadi penawar segala galanya.
ReplyDeleteKuantan
Anonymous..selalunya apa yg kita minta dan fikirkan akan dapat...
Delete