Nuffnang

Monday, May 20, 2013

Cheese Cake Pemberian Anak

Alhamdulilah, Sempena Hari Ibu yang baru berlalu dan masih berkesan dihati. 

Saya juga seperti ibu-ibu yang lain, diraikan dan menerima pemberian dari anak. 






Tiada hadiah special sebab saya tahu anak-anak sentiasa menghargai saya setiap hari dan mereka lebih tahu keperitan yang saya lalui bersamanya. Pemberian cheese kek dari anak dara saya yang sangat mables macam nak suruh ibu dia menambah lemak di badan....hihihi.  Saya makan 2 potong dan selebihnya biar anak dara  dan pak incik yang makan. Saya cukup menjaga pemakanan yang sihat dan berkualiti sejak kebelakangan ini.

Bila usia meningkat senja nih, penjagaan pengambilan makanan berkhasiat itu sangat penting bagi saya. Selalunya sayur-sayuran menjadi mangsa keadaan saya...hihihi. Anak dara saya cakap dah macam kambing...hahaha







Anyway terima kasih kakak bawa ibu keluar dan belikan special kek tempohari. Luv you! Muahhh :)


No comments:

Post a Comment