Wah! Kejapnya esok dah jumpa hari jumaatkan? Moga semua sihat,
cergas, boleh berlari, boleh bekerja, boleh bagun malam, dan boleh melakukan banyak kebaikan. Buang jauh2 untuk bersikap riak, melakukan kemaksiatan dan senang cite perkara yang di larang Allah.
Tetapi
Allah amat pemurah. Moga saya tidak dilalaikan dengan hal dunia.
Sebenarnya rezeki ini tidak nampak, jika hati tidak dibuka dengan
penerimaan dan kesyukuran. Mulut juga tidak mempunyai banyak peluang
untuk berkata-kata, berkata-katalah apa yang perlu untuk kebaikan tak perlu menjaja hal orang lain.
Oleh
kerana keadaan, kadangkala saya tidak mempunyai banyak peluang untuk melebihkan
kegiatan ke jalan Allah. Akan tetapi, saya percaya, dalam kesempitan
yang kritikal pun masih ada ruang dan luangnya. Cuma kadangkala kita nih punya
naluri tidak sabar dan tamak. Itulah punca permasalahannya.
Tetapi usaha itu adalah suatu elemen ibadah yang
sangat penting. Pulang saya dari tempat
kerja saban petang, saya mengangkut dengan timba penyiram pokok 2 liter air, mengejar
masa satu lagi timba dipenuhi air paip.
Menyiram pokok kailan, bawang, kobis, lada, buncis yang buat saya sangat seronok. Adusss! Sedih je tengok kalau ada daun yang berlubang di makan kumbang. Lepas dah mula menyiram pokok keledek yang baru saya tanam dalam plastik. Pokok sawi putih saya agak kurang menjadi, bukan rezeki agaknya adalah yang tinggal dalam 2 pokok...huhuhu
Sebenarnya saya boleh dapat di kedai atau supermarket kalau hendak makan kailan. Saya sekadar menjadikan sebagai hobi dan terapi diri yang sangat memuaskan hati dapat sentuh dan berkata-kata dengan pokok2 tersebut. Allah pinjamkan seketika untuk berbuat baik dengan makhlukNya yang lain.
Dari itu perbanyakkan muhasabah diri, jiwa akan tenang. Ingat terapi minda bukan sekadar di tikar sejadah sahaja, bercucuk tanam juga terapi minda. Badan sihat dan pikiran pun sihat. Insyallah..
Yer betul tu...buat masa ni JM baru tanama pkok daun kari..hidup subur..nak buat kari je..ambil je daun nyer..tak perlu nak beli kat pasar pasar lagi :-)
ReplyDeleteakak pun xde pokok kari, JM dah tanam...wah nak tanam jgklah cmni...:)
ReplyDelete