Selamat malam semua. Malam ini berkesempatan meluangkan masa menaip entri di blog yang tak seberapa ini. Alhamdulilah Allah pinjamkan sedikit masa untuk menaip dan berkongsi tentang makanan saya untuk malam ini.
Petang tadi masa drive kereta pikir apa juadah yang baik untuk saya makan malam ini. Teringat ada tauhu, ayam dan daun-daun herba dalam fridge. Saya masaklah tauhu telur spicy kukus berulamkan herba basil, oregano, salad dan black papper. Cukuplah untuk alas perut malam ini. Alhamdulilah kenyang.
Memandangkan pak incik tiada di rumah jadinya masak yang simple tapi prefer kepada makanan yang berkhasiat. Sejak mengalami urik asid yang tinggi saya cukup mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.
Menjaga kesihatan dan pengambilan pemakanan yang berkhasiat cukup saya titikberatkan sejak kebelakangan ini. Bagi saya bila badan sihat semuanya boleh kita lakukan dengan baik. Insyallah kita boleh melakukan aktiviti dengan mudah untuk bersukan, beribadah dan bercuti kemana-mana yang kita inginkan.
Sejak kebelakangan ini setiap kali saya makan dengan mengambil daun-daun herba adalah menjadi suatu kemestian, terutama sekali daun basil atau lebih dikenali daun selasih, sangat sedap. Try la!
Basil adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan
perisa yang sangat unik dan disamping itu juga basil memberi beberapa
manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat
keradangan usus dan sakit-sakit sendi.
Begitu juga dengan daun salad. Daun salad bukan saja digemari
oleh mereka yang mengamalkan diet malah mempunyai pelbagai kebaikan lain. Ianya kaya dengan kalsium, magnesium, potasium, fosforus,
sodium, vitamin A dan C, zat besi dan zink.
Makanya, marilah kita semua sama-sama mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat. Insyallah.
No comments:
Post a Comment