Salam untuk semua pembaca blog ini. Maafkan saya tak update blog 2 hari ini kerana banyak komitmen lain. Isteri yang sorang inilah sahabat setia saban malam untuk menemankan suami menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan.
Kadang-kadamg bawa juga lappy tapi wifi di situ kelajuannya mengalahkan pergerakan siput parkinson....hahaha. Boleh hilang sabar di buatnya, baik membaca apa yang patut dari mengadap lappy.
Kali ini saya ingin berkongsi keseronokkan tentang bab makan sewaktu di sana. Bukan nak suruh makan banyak-banyak setakat nak bagi korang terliur je...hahaha.
Saya menulis melalui pengalaman dari negara-negara yang sudah saya jejaki tapi tak tahulah pengalaman dari kawan-kawan kaki travel yang lain, ini dari sudut pandangan saya secara peribadi.
Sewaktu awal menjejaki daerah Hatyai mula merasai menu makanan waktu tengahari sudah boleh merasai keenakan masakan sana.
Bukan setakat saya sahaja yang memuji masakan sana, kakak, kawan-kawan, malahan pak incik saya yang jenis sukar menerima masakan luar boleh memuji masakan sana. Memang nyummy! Telan air liur kejap sambil taip entri nih...hahaha
Kalau datang ke Hatyai, jangan lepaskan peluang untuk mencuba kerabu campur
buah mempelam dia. Huh! Sedap tuh sangat-sangat la. Tak leh nak cakap
kat sini.
Setiap malam pakat membeli dengan kakak dan siap bungkus bawa balik lagi untuk makan dalam hotel. Lokasi gerai tuh sebelah kiri Hotel President dan betul-betul terletak di hadapan sebuah pejabat kerajaan camtulah. Tak tahu nak nyebut nama gerai tu sebab tulisan Thai....huaaaa ngences!
Ini belum lagi saya nak berkongsi cerita makanan yang sedap-sedap dan melihat makanan pelik-pelik di Klonghae Floating Market. Hatyai adalah syurga makanan sedap dan makanannya lebih kepada healthy food, itu pasal orang sana slim je...huhuhu
Sepanjang 5 hari mengembara dan menjelajah di sekitar Hatyai dan Songkla bagi saya tidak
susah untuk mencari makanan muslim atau makanan halal di Hatyai.
Di mana-mana jalan atau lorong mungkin terdapat sebuah dua gerai atau kedai, cuma kita perlu melihat samada tulisan jawi atau kalimah alquran yang dipaparkan. Ini penting kerana mereka bertutur dalam bahasa yang sama, bahasa Thai dan sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa lain. Jika bertutur pun di dalam bahasa Melayu dialek kelate. Kira boleh kecek sikit-sikit hambo nih...hihihi
Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik
yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan
halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa
mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah
ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita.
Bahkan
kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang
haram hinggakan sesetemgah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang
senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal. Mencari
makanan yang halal adalah wajib. Dah mengalahkan ustazah pulak aku nih...hahaha.
Jadi didialam coretan pengembaraan ini, saya sekadar coretkan sepanjang berada di Hat Yai dan Songkhla Thailand.
Selain itu, kita juga boleh lihat kalimah dan paparan ‘halal’, lihat juga wanitanya. Kebanyakannya wanita di sini bertudung walaupun ramai juga muslimah yang tidak memakainya.
Selain itu, kita juga boleh lihat kalimah dan paparan ‘halal’, lihat juga wanitanya. Kebanyakannya wanita di sini bertudung walaupun ramai juga muslimah yang tidak memakainya.
Bagi saya, masakan mereka lebih enak terutama jenis yang kita dapati pada
masakan Siam di Negara kita seperti Tomyam dan sebagainya. Ia lebih
terasa kerana inilah masakan dan makanan mereka.
Makanan ulam-ulaman
menjadi santapan wajib orang sana seperti bunga kantan, basil, salad, pelam, petai dan pelbagai lagi. Maklumlah saya ini
peminat makanan yang sedap-sedap. hehehe. Antara makanan yang menjadi
santapan saya adalah kerabu mangga yang ditambah gajus dan kekacang. Best
sangat!
Banyak pilihan semasa mencari makanan halal disini. Anda juga boleh
memilih untuk memakan di kedai atau restoran. Ataupun gerai-gerai di
tepi jalan dan dikaki lima. Masalah disini ialah gerai di tepi jalan
dan di kaki-kaki lima.
Sesuatu yang berlainan disini adalah hubungan antara peniaga, pelanggan
dan penduduknya begitu ramah dan mesra. Mereka juga kelihatan santai. Begitulah yang boleh saya kongsi tentang tarikan di daerah Hatyai yang dikenali
sebagai Bandar Bidadari atau city of angels.
Di sinilah saya merasa nikmat makanan yang sedap-sedap.
Wahhh...semua makanan tu cam nak jamah je...nampak sedap dan terus terliur ni..baca lak time nak mkn tgh ..ya ampunnn.... :-)
ReplyDeleteBukan JM je, bila tingat je akk tingin nak makan benda2 nih semua...mak lapoooooooooo...huhuhu
ReplyDeletesedapnya sume makanan ni. mmg nak kena serbu bila p sana :)
ReplyDeletejemput visit my blog juga ye.
thesukasukiofmylife.blogspot