Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Berita Baik ! 10 Model Kereta Turun Harga

Salam 1 Syaaban untuk semua umat Islam di mana jua berada. Dalam bulan yang mulia ini kita mendapat kehidupan yang baik, perbuatan yang baik dan amalan yang baik-baik.



Ini pun berita baik yang saya lihat dalam berita di mana, kerajaan  menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.



Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.



Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Kereta model Nissan tak turun ke? Ingat macam nak cari motosikal model Nissan. Ada tak? hahaha

Untuk selanjutnya sila layari di Utusan.



No comments:

Post a Comment