Alhamdulilah, sempat luangkan sedikit masa untuk menaip entri dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ini tapi kepada yang 'tak berkenaan' tak perlulah skodeng blog ini.
Saya tuan empunya blog ini boleh 'detect' setiap aktiviti keluar masuk anda....huhuhu. Sila jangan menyibukkan diri dalam apa jua apa akiviti saya sekeluarga kata orang hidung tak mancung, jangan pipi tersorong-sorong. Eh! Betul ke peribahasa saya nih? Harap paham! Sekian terima kasih! lalala.
Saya tuan empunya blog ini boleh 'detect' setiap aktiviti keluar masuk anda....huhuhu. Sila jangan menyibukkan diri dalam apa jua apa akiviti saya sekeluarga kata orang hidung tak mancung, jangan pipi tersorong-sorong. Eh! Betul ke peribahasa saya nih? Harap paham! Sekian terima kasih! lalala.
Ayat saya agak tegas dan kasar tapi sesekali ayat mahu powerkan mungkin boleh menyedarkan...lalala. Bukan emosi tapi satu peringatan dan di ulangi sila jangan menyibukkan diri untuk melayari blog ini pada yang 'tak berkenaan'...lalala. I tak selesa hokeh!...lalala
Bagi pembaca lain silalah baca seperti biasa. Terima
kasih kerana sentiasa menyokong perjalanan hidup saya dalam menulis di
blog ini tak kiralah saya dalam situasi sedih, gembira, berduka dan
sebagainya.
Ingat! Orang sekeliling boleh menyokong kita dalam apa
situasi pun tapi berdoalah dan minta pertolongan dari Allah, Dia maha
mengetahui segalaNya. Insyallah doa orang terinaya di makbulkan Allah dan Allah akan tunjukkan jalan yang benar kepada hambaNya.
Kali ini saya nak menyambung perjalanan percutian saya
di Hatyai, Thailand. Kali ini saya ke Hantyai Ice Dome. Tempat ini kalau
di Malaysia kita boleh banding dengan iCity, Shah Alam. Kalau nak
dibandingkan dari segi luar struktur bangunnan iCity lagi nampak gah
tapi Ice Dome menang dari segi hiasan dalaman, mereka lebih kreatif dan
nampak cantik dengan warna warni ketulan aisnya.
Tak kisahlah kemana
kita pergi mesti nampak adanya perbandingan pada setiap negara yang di
lawati...huhuhu
Hatyai Ice Dome merupakan satu-satunya tempat yang
mempamerkan ukiran ais di
Thailand. Kanak-kanak dikenakan bayaran 200 THB @ RM20, dewasa 300 THB @
RM30. Diberi jaket dan
glove sekali tapi kasut macam tak di sediakan...huhuhu. Penerangan
diberi dalam bahasa Thai sebelum
masuk, manalah saya pahamkan dah macam ayam dan itik dibuatnya. Bila
pintu dibuka saya terus main redah masuk...hahaha. Entah2 mamat Thai tu
belum abis bercakap...kahkahakah.
Saya masuk dengan kakak dan anak buah
manakala pak incik tak nak masuk takut kesejukan, dia di luar menjaga
DSLR saya. Picture yang terdapat di Ice Dome saya snap menggunakan
Samsung Note II, bolehlahkan....:)
Mula-mula masuk jumpa zon Asean dulu di mana terdapatnya
ukiran-ukiran ais yang jadi trademark sesebuah negara. Banggalah juga
sebab nampak ukiran ais rekabentuk KLCC berdiri megah di sana. Hati mood
berbunga-bunga tengok negara luar membanggakan apa yang kita ada.
Dalam
tuh juga ada dunia akuarium, Jurassic park dan
macam-macam lagi. Sejuk yang teramat di sini. Memang muka dan jari
jemari saya mula jadi kebas. Nak tangkap
gambar pun tangan dah mula menggeletar. Rupanya-rupanya suhu -15 darjah
celcius dalam tuh.
Kakak saya tarik diri cepat-cepat keluar, maka
tinggal saya dan anak buah. Kami berdua masih boleh bertahan, orang
eskimo memang boleh bertahan...hahaha. Nak tips tak? Masuk tempat-tempat
sebegini firstly jangan panik, rilekkan diri dan banyakkan bergerak
dengan cepat. Di situ kita dapat mengurangkan rasa kesejukkan yang amat
sangat.
Kalau datang ke
HatYai, Ice Dome wajib pergi. Pada hari kejadian saya lihat pegunjung
yang datang pun ramai orang dari Malaysia, seolah-olah masa tuh macam
berada di negara sendiri...hahaha
Ingat ya pembaca semua awal sampai minta pamphlet jangan macam saya minta pamphlet tapi tak baca. Rupanya
amaran penting, lepas keluar dari Ice Dome tuh kena tunggu sekurang-kurangnya 10
minit sebelum off kan kamera. Inilah jadinya bila tak buat.
Berkabus sebab bila
keluar dari sejuk ke suhu biasa. Uwaaa! Nak meraung tapi
tak boleh keluar airmata, nangis dalam hati sebab ingatkan cik Samsung
Note II saya dah rosak. Abislah cik Sam aku...hukhukhuk. Alhamdulilah elok balik, rasa
lega. Lain kali ambil pamplet sila baca ya kak Ton...hahaha
We were in Hatyai as well masa school holiday recently. Tapi, semalaman jek. Tak lama. Will blog about it soon.
ReplyDeleteZaraab...wah! must be on vacation happy family, syukur Alhamdulilah kan...:)
ReplyDeleteBerdua je Kak. Dengan En. Suami. :D Backpacking all the way from KL - Hat Yai - Phuket - Koh Samui - Surat Thani - KL. :D
ReplyDeletedgn kwn2 n suami la zaraab :)
ReplyDelete