Alhamdulilah, selamat melayari blog saya. Terima kasih semua pembaca blog saya. Ingat pesan saya selalu berdoa untuk kesejahteraan diri sendiri dan keluarga tapi jangan sesekali melanggar larangan Allah maka sia2 amalan kita. Inilah yang selalu saya pesan pada anak-anak dan suami saya. Insyallah Allah permudahkan perjalanan hidup.
Yah! Kali ini saya akan cer perjalanan saya ke Selatan Thailand iaitu daerah Hatyai dan Songkla tapi biar saya cerita perjalanan di daerah Hatyai terlebih dahulu.
Memulakan perjalanan jam 7.00 mlm waktu Malaysia, takkan waktu Thailand pulakkan...hahaha bersama pak incik, kakak dan anak buah. Perancangan awal saya pergi bersendirian tanpa pak incik tapi last minute ada orang tuh nak ikut pulak...huhuhu. Makanya pergilah kami berempat.
Pejam celik! Pejam celik! Dah sampai tapi sedihnya dekat imigresen punyalah sesak penuh dengan orang ramai baik imigresen Malaysia yang terletak di Bukit Kayu Hitam mahu pun imigresen Thailand yang memakan masa sejam untuk cop pasport...huaaaa. Bagusnya beg tak perlu dibuat pemeriksaan, mood baik imigresen tuh agaknya. Tak bestnya rasa panas sebab guna hotcond...hahaha. Bangunannya masih versi dolu2...hihihi, saya rasa zaman pemerintah Jepun agaknya. Eh! Thailand mana ada kena jajahkan kalau ikut sejarah sekadar menjadi laluan penjajah je...:)
Melepasi masuk je terus jumpa bandar Danok. Kat sini ada KFC, hotel dan deretan kedai dan kedai makan. Penunggang motosikal bukan main ramai. Lawaknya orang yang depan je pakai helmet, penumpang tak payah. Kalau tergolek kira nasiblah tuh...hihihi. Mungkin tuh rules doranglah.
HP line Celcom saya terus ama ilek....hahaha. Tak taulah bagi line Digi dan Maxis ada auto roaming atau ke tak, malas nak tanya...huhuhu. Nak pakai line prepaid Thailand pun boleh tapi tak belilah sebab rasa malas pulak nak beli untuk travel kali ini. Guna wifi hotel dan pergi CC.
Bagusnya jalanraya kat Thailand nih lebih baik kalau compare dengan Malaysia. Seriously best, tak ada lubang-lubang dan bertampal. Jalan dia ada dua lorong pergi dan dua lorong balik.
Apa yang saya tahu harga petrol sangat mahal di Thailand tapi highway tak dikenakan caj tol, penting sekali jalan cantik oklah kan....:)
Patung
kuil memang meratalah termasuk keranda banyak di jual ditepi-tepi jalan. Tapi saya malas nak snap. Tak koser mak nak!...hahaha. Waktu kat sana lewat
sejam dari Malaysia. Kalau kita pukul 8 pagi, mereka baru pukul 7 pagi tapi dah terang benderang.
Kami sampai di Hatyai kira-kira pukul 1.00 petang waktu Thailand. Perut terasa lapar, terus check in di Hotel President yang terletak betul-betul di bandar
Hatyai, sebelah jer dengan round about. Manakala pak incik pergi tapau nasi dan lauk pauk masakan Thai. Tak sempat nak snap sebab dah kebulor terus ngap...hahhaa. Memang sedap masakan sana, uwaaa meleleh air liur bila ingat....huhuhu.
Ok nanti saya sambung lagi perjalanan saya di Selatan Thailand.
rasa cm better akk kecikkan skit gmbar tu..gmbar nmpak xcantik sbb lonjong memanjang..hehhe..apepun, ikut la kak ct..cadangan jer..bukan soalan..hehe...
ReplyDeletepepun, dapat info skit utk travel dr akk.. thanks alot.huhu..manyak shopiin ea..
Ummu Syifa...alahai lonjong2 tuh..hahaha. Tima kasih mommy dgn teguran yg baik akk betulkan ya...:)
ReplyDelete