Selamat malam semua pembaca blog ini. Alhamdulilah saya telah pun selamat kembali ke tanahair jam 2.00 pagi tadi bersama pak incik. Agak sibuk sedikit hari ini, sampai rumah dah pagi dan terus kemas apa yang patut dan mencuci pakaian kotor yang di bawa barulah dapat melelapkan mata dalam 2 jam. Bangun terus ke pejabat...huhuhu. So far nasib boleh mengawal mata dari terlena di pejabat...huhuhu
Sebenarnya entri kali ini bukannya saya nak bercerita pasal travelog saya di Thailand tapi menyambung kesinabungan cerita mendaki gunung Pulai 4 hari sebelum saya berangkat ke Thailand. Hebak2 tahniah untuk diri sendiri yang penuh dengan kepenatan melanda diri...hahaha. Hamik ko!
Bukan kisah seram atau cite momok ya, cite yang best2 semasa mendaki walaupun terasa penuh dengan kepenatan semasa menuruni gunung..huhuhu. Bagi saya itu perkara normal bagi yang sukakan cabaran.
Banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang ekspedisi pendakian ini. Di
antaranya ialah mengajar diri untuk mengawal mental dan emosi ketika
dalam keadaan yang kritikal dan tertekan. Tahap kesabaran juga diuji
ketika hendak mencapai matlamat tiba di puncak gunung dan menuruni
semula gunung dalam keadaan yang letih dan kesakitan otot. Tegang giler kaki mak nak...huaaaa, sakit tul masa nak rukuk dan duduk ketika solat. Boleh pitam! huhuhu
Semangat
setia kawan walaupun tak mengenali orang luar tapi sentiasa 'say hai2'. Peramah! Yang paling penting, matlamat untuk melihat
kepelbagaian flora di Gunung Pulai telah tercapai. Perbezaan suhu yang berbeza menyebabkan perbezaan jenis tumbuhan
di antara kawasan tanah tinggi dan tanah rendah buat saya benar2 teruja untuk mengambil gambar sepantas kilat...hihihi
Ibarat 'sambil menyelam minum air', saya juga dapat menawan gunung
tersebut dan melihat pemandangan indah ciptaan Allah di sekitarnya.
Walau bagaimanapun, Allah sentiasa permudahkan urusan saya. Alhamdulilah! Ditambah pula dengan tahap usia yang sebegini
kecergasan saya yang rendah, pendakian terasa
semakin mencabar. Ini menyebabkan kadangkala terpisah dengan orang yang di
hadapan.
Situasi kepenatan yang amat sangat ini hampir2 memusnahkan impian saya sebelum
meneruskan pendakian dan kedudukannya ialah kira-kira 100m daripada puncak gunung. Setelah mengharungi pendakian pada muka bumi yang
curam dan kedudukan yang kian tinggi. Tertonggek2 mak di buatnya...hahaha
Selepas turun dari Gunung Pulai sempat saya memantau keadaan sekeliling, macam YB la pulak...kakakaka. Cuma saya memang agak kecewa dengan
sikap orang-orang kita yang tidak bertanggungjawab membuang sampah
merata-rata. Tau nak berehat, nak mandi kat air terjun, nak makan dan bersantai2 kekununnya tapi
bila bab sampah memang failed! Pengotor senang cakap...huhuhu
Sepatutnya melarang orang ramai melawat kawasan air terjun yang dah runtuh beberapa tahun dahulu atau lebih baik disediakan pengawal. Sepatutnya pihak tertentu mengambil berat hal ini tapi macam suam-suam kuku aje bila menguatkuasakan larangan kepada orang awam.
No comments:
Post a Comment