Salam untuk semua pembaca blog ini. Selamat tahun baru 2015 dari saya untuk pembaca blog ini. Wooot2 jangan nak notty, kalau jadi manusia kena jadi manusia yang berguna pada family dan agamakan!
Wahhh! Hadiah tahun baru untuk rakyat Malaysia esok, gosok2 mata saya tadi bila baca paper online nih, macam tak caya je. Apapun Alhamdulilah!
Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelumnya manakala diesel diturunkan sebanyak 30 sen, berkuatkuasa tengah malam.
Sehubungan itu, harga runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan senarai harga runcit baru petrol bagi Januari 2015 menerusi satu kenyataan di putrajaya, pada malam Khamis.
Pada 1 Disember lalu harga runcit RON95 diturunkan 4 sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.
Ia berikutan pengumuman penetapan harga runcit oleh Kabinet pada 21 November 2014, bagi petrol RON95 dan diesel menerusi mekanisme sistem apungan terurus seperti yang dilakukan bagi penetapan harga RON97 bermula Julai 2010.
Menerusi mekanisme ini harga runcit minyak seluruh negara akan ditentukan mengikut harga minyak mentah dunia dan berdasarkan purata harga minyak mentah global bulanan serta nilai matawang semasa.

Sumber : Berita Awani
No comments:
Post a Comment