Nuffnang

Friday, January 2, 2015

Kemana Hilangnya MH370?

Salam untuk semua pembaca blog saya? Tahun 2014 banyak meninggalkan kesan yang sangat pedih buat negara Malaysia. Pelbagai ujian dan musibah yang melanda seperti MH370, MH17 dan di landa banjir besar. Semua ujian bagi Allah Taala terhadap hambaNya.

Cuma kadang-kadang rasa tidak puas hati saya masih tertanya-tanya kemana hilangnya MH370 apatah lahi ahli keluarga mereka yang menjadi nahas tragedi tersebut. Kemana dan di mana? Kalau ia pun sekurang-kurangnya ada sedikit petanda sebagai bahan bukti. Sehingga kini langsung tiada yang dapat menjumpai apa-apa bahan bukti kemana menghilangnya MH370.



Hari ini saya terbaca dalam Berita Semasa Astro Awani berkaitan komen Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

Cuba baca kenyataan beliau di sini :

MH370: Ada pihak sedang menyembunyikan sesuatu - Dr Mahathir

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini. 

Sumber :  Astro Awani

1 comment:

  1. boleh jadi jugak kan.. TunM memang sangat tak puas hati..

    ReplyDelete