Syukur Alhamdulilah! Allah masih pinjamkan untuk aku habiskan sisa hidup ini. Bila usia semakin lanjut aku selesa bersendirian dari bergaul dan mendengar perbualan yang kurang selesa. Mungkin ini proses tarbiah diri. Dulu aku tak paham, sekarang dah paham. Oooo begini!
Kita pun pernah berkongsi dan memberi nasihat yang rasanya sebesar zarah pada adik beradik, ipar duai dan kawan-kawan yang terdekat tentang perjalanan hidup. Sebab kita ada anak dan contoh terbaik kepada mereka. Kita hidup didunia ini hanya sekali. Peluang untuk melakukan kebaikan hendaklah diteruskan. Tapi mencari keredhaan Allah dalam apa sahaja pekerjaan dan perbualan. Kita hidup didunia ini untuk memberi manfaat kepada orang lain. Semuanya biar Allah yang tentukan ganjaran kepada kita atas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Selagi kita mampu untuk memberi kebaikan kepada orang lain maka lakukanlah mengikut kemampuan kita. Kita bukan mengharapkan balasan atas apa kebaikan yang kita lakukan. Jika kita rasa kecewa dengan tindak tanduknya, berdiamlah itu yang sebaiknya.
Bersedekah adalah satu amalan yang sangat mulia dalam islam. Orang yang rajin bersedekah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Biar sedikit tapi ikhlas itu lebih baik. Sama ada sikit atau banyak biarlah ianya ikhlas kerana Allah. Hanya Allah sahaja yang akan membalas atas kebaikan sedekah yang kita lakukan.
Kita diberikan kekuatan oleh Allah supaya dapat membantu dan memberi pertolongan kepada orang lain. Kedua-dua ini hendaklah digunakan sebaiknya untuk kebaikan diri kita sendiri dan membantu orang lain.
Sebagai kesimpulan, sekiranya orang menghargai atas pemberian yang kita lakukan, terima ia dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah. Jika orang lain mahu membalas balik atau tidak atas kebaikan yang kita buat, itu hak mereka kerana kita tidak boleh memaksa setiap orang dapat membalas kebaikan yang sama kepada kita. Apa yang penting kita beri sahaja kebaikan kepada orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jika kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kejahatan, itu ujian yang Allah berikan kepada kita. Kita perlu melatih diri untuk bersabar. Yah! Sabar dan mendiamkan diri, biar apa orang cakap. Lama kelamaan orang akan di tahap kita juga. Mereka akan paham. Insyallah.
Walau apa sahaja yang kita lakukan untuk memberi kebaikan kepada orang lain maka hendaklah kita niatkan dalam diri kita ikhlas melakukannya kerana Allah. Biar Allah yang membalas segala kebaikan yang kita lakukan itu. Berdoalah kita supaya diberikan kekuatan untuk memberi dan menambahkan amal kebaikan didunia ini. Sebagai bekalan untuk menuju akhirat yang kekal abadi kita doakan orang lain.
Entah ya dulunya saya yang suka menjadi pendengar sekarang ini lebih selesa menjadi pemikir setiap input-input yang masuk.
Moga Allah s.w.t kasih kepada kita semua dengan memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan . DiberikanNya kepada hamba-hambaNya, keberkatan pada umur, keberkatan pada kehidupan berkeluarga, keberkatan pada rezeki, keberkatan pada berjemaah dan keberkatan pada ilmu. Insyallah dan mudah-mudahan untuk semua.
motivasi dan peringatan yang baik..!!
ReplyDeletebetul tu,,ikhlas adalah segalanya
Ya betul Puteri Beribiru. Terima kasih.
ReplyDelete